KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal yang dipercayai berada bawah pengaruh dadah maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa yang maut merupakan seorang penganggur berusia 39 tahun.
"Kemalangan berlaku sekitar jam 2.40 petang semalam ketika mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Ketereh ke persimpangan lampu isyarat Padang Enggang, Kota Bharu melalui Lebuhraya Ketereh.
"Tiba di kilometer 10.1, mangsa gagal mengawal motosikalnya menyebabkan terbabas," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mangsa juga, kata Mohd Rosdi, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau turut memaklumkan, hasil ujian urin mendapati mangsa positif Amphetamine, Phencyclidine dan Ketamine.
Menurut Mohd Rosdi lagi, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika menunggang motosikal.
Vivi Sumanti
Thu Sep 29 2022
Seorang penunggang motosikal yang dipercayai berada bawah pengaruh dadah maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu, petang semalam.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di lebuh raya
Dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic mengalami kecederaan, dengan seorang tersepit di tempat duduk pemandu.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika berkonvoi
Kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan tiga motosikal kuasa tinggi dan sebuah kereta.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Wanita berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dilanggar kereta jenis Naza dipandu warga asing berusia 33 tahun.
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Aeshah maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang remaja yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.
Polis kesan saksi kemalangan maut penunggang motosikal di Lebuhraya Cheras-Kajang
Kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 pagi 12 Okt menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun maut.
Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM Dungun dipercayai tidak siuman
Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.