KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu walaupun ia telah ditubuhkan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 26: Pengurusan Keselamatan Negara.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hal ini kerana rang undang-undang berkenaan ialah rang undang-undang khusus bagi menangani isu keselamatan siber.
Menurutnya, Arahan MKN 26 juga akan disemak semula untuk tujuan penyelarasan apabila rang undang-undang itu dikuat kuasa kelak.
"Bagaimanapun, apa-apa ketetapan yang dibuat oleh JKSN di bawah Arahan MKN 26 berhubung dengan langkah-langkah, standard dan proses berhubung dengan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal negara akan terus terpakai selagi mana ia tidak bertentangan dengan rang undang-undang ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Gobind berkata kerajaan telah menjalankan kajian dan mengenal pasti perundangan sedia ada yang relevan seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi memastikan tiada kelompangan, percanggahan atau pertindihan dengan rang undang-undang berkenaan.
Selain itu, beliau berkata Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi infrastruktur maklumat kritikal negara dalam menangani insiden keselamatan siber.
Hal ini, katanya dapat memastikan tahap keselamatan negara tidak dikompromi selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dan mampan terutamanya dengan menyediakan persekitaran kondusif yang boleh memupuk keyakinan serta menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi digital negara.
"Oleh itu, mekanisme kawalan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini perlu dilaksanakan dengan seberapa segera kerana ancaman siber boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa dijangka.
"Kerajaan berharap agar rang undang-undang ini akan mendapat sokongan dwipartian daripada semua Ahli Dewan ini tanpa mengira parti dengan meletakkan keselamatan negara sebagai pertimbangan utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Gobind berkata, Arahan MKN 26 juga akan disemak semula untuk tujuan penyelarasan apabila rang undang-undang itu dikuat kuasa kelak. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.

Mohamad harap RUU Keselamatan Siber dapat dibentang dalam sidang Parlimen kali ini
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dapat dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.