KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dapat dibentang dalam sidang Parlimen kali ini.
Begitupun, dengan sidang yang bakal berakhir pada 30 November dan masih banyak RUU belum diluluskan, beliau tidak pasti sama ada RUU itu sempat diluluskan atau tidak.
Menurutnya, pada November 2023, jemaah menteri secara prinsip telah bersetuju dengan penggubalan RUU tersebut bagi memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber.
Jelasnya, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diperkukuh, menjadikannya sebagai agensi peneraju keselamatan siber negara dan agensi penguat kuasa RUU itu nanti.
“Kita sedang merangka dan insya-Allah, jika ada masa, Rang Undang-Undang ini akan dibawa dalam sesi Parlimen kali ini.
“Insya-Allah...tapi banyak sangat RUU untuk diluluskan kali ini. Kita cuma ada tiga hari... 27 November adalah terakhir untuk kita luluskan bajet.
“Ada kira-kira 10 RUU untuk dibentangkan jadi tidak pasti sempat atau tidak RUU Keselamatan Siber untuk diluluskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan Perdana Menteri ketika merasmikan Program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga bulan Oktober 2023, sebanyak 2,674 insiden siber telah dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA.
“Aktiviti-aktiviti seperti Ransomware dan Advanced Persistent Threats (APT), menjadi ancaman serius, terutama dari pihak-pihak yang mungkin mempunyai agenda yang bersifat geopolitik.
“Selain itu, penggunaan peranti dan teknologi digital yang semakin meluas juga telah mempertingkat risiko serangan siber yang semakin dinamik dan kompleks, seperti phishing dan Distribution of Denial-of-Service (DDoS) Attack,” ujarnya.
Menurutnya, kerajaan juga telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2020-2024 untuk memastikan keselamtan siber sentiasa terjamin.
“Strategi ini telah menggariskan secara komprehensif lima tonggak utama dengan 12 strategi dan 35 pelan tindakan untuk dilaksanakan.
“Ia bagi mewujudkan persekitaran siber yang selamat, terpercaya dan berdaya tahan, di samping merangsang kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya.
Astro Awani
Fri Nov 24 2023

Mohamad berharap Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dapat dibentang dalam sidang Parlimen kali ini. -Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.