ALOR GAJAH:"Dah beberapa malam sejak musim tengkujuh, tidur saya tidak lena. Risau banjir berlaku pada waktu malam dan haiwan akan lemas di kandang," demikian luahan seorang penternak lembu dan kambing, Sufian Aya, 34, mangsa banjir di Kampung Gadek di sini.
Katanya sebelum ini, kejadian banjir yang sinonim dengan kampungnya itu tidak menjadi masalah buatnya namun setelah menjadi penternak sejak lebih lima tahun, bencana itu umpama mimpi ngeri buatnya.
"Pukul 3 pagi tadi, saya terpaksa mengalihkan 11 lembu dan 20 kambing ke tempat lebih tinggi kerana kandang mereka ditenggelami air. Sekarang ini, kesemua haiwan itu terpaksa mencari makanan sendiri.
"Bulan ini sahaja, sudah tiga kali kandang haiwan ternakan saya ditenggelami air kerana hujan lebat yang berterusan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, bagaimanapun ikan keli yang diternak di kolam simen berhampiran kandang lembu dan kambingnya itu tidak dapat diselamatkan kerana ditenggelami air dan arus air sangat deras di kawasan berkenaan.
"Makanan haiwan ternakan saya juga hanyut seperti dedak yang tidak sempat diselamatkan. Jadi kita berharap pihak berwajib dapat membantu meringankan beban yang ditanggung penduduk yang menjadi mangsa banjir," tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir Eva Maswati Ibrahim, 43, berkata perkara pertama yang dirisaukan setiap kali banjir berlaku ialah keselamatan ibunya, Bidah Bujang, 68, yang sukar bergerak akibat angin ahmar yang dialami sejak lebih dua tahun.
"Berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah pilihan terakhir bagi saya dan keluarga. Semalam, rumah dinaiki air juga tetapi air surut dan telah dibersihkan tetapi pagi ini air naik semula sehingga tayar kereta pun tenggelam.
Namun, fikirkan keselamatan emak dan nasihat pihak berkuasa, kami sekeluarga sepakat untuk berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Gadek. Terima kasih saya ucapkan kepada anggota sukarelawan yang membantu memindahkan kami sekeluarga," katanya.
Seorang warga emas, Che Som Kechut, 80, berkata setakat ini beliau belum membuat keputusan untuk berpindah ke PPS kerana rumah belum dinaiki air kepada paras yang berbahaya.
"Cuma penat untuk membersihkan rumah pada usia yang tua ini...bulan ini dah tiga kali banjir dan saya berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi mengurangkan kekerapan banjir di kampung ini," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 193 orang daripada 48 keluarga, setakat 8 malam ini.
Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata daripada jumlah itu, 123 mangsa masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Daerah Jasin, manakala 26 mangsa ditempatkan di PPS SK Ayer Molek di Daerah Melaka Tengah yang dibuka pada 3.30 petang tadi.
"Bagi Daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 32 mangsa, manakala PPS Balai Raya Kampung Gadek yang dibuka 8 pagi tadi ditutup, dan kesemua 12 mangsa dipindahkan ke PPS baharu iaitu SK Ganun pada 5 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Sebahagian rumah di Kampung Gadek di sini dinaiki air ekoran banjir yang melanda berikutan hujan lebat sejak malam tadi. - BERNAMA
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.
Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan
Di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing.
Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
Harga ayam, telur: FLFAM, KPKM bincang hari ini
Pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu adalah sebagai usaha meringankan bebanan para penternak.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
Cuaca panas: Sektor perikanan akuakultur alami kerugian bernilai RM438,500
Sektor perikanan akuakultur di seluruh negara telah mengalami kerugian bernilai RM438,500 setakat ini berikutan fenomena El Nino.
DUN Perak lulus RUU Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju tanpa pindaan terhadap fasal-fasal pindaan yang dicadangkan.
PM Anwar rai petani, nelayan dan penternak di majlis berbuka puasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kira-kira 1,200 komuniti nelayan, petani dan penternak dalam majlis berbuka puasa di kediaman rasmi ,Seri Perdana, di sini.
Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.