KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
"Sebab kita baru bentangkan pada minggu lepas, jadi kita kena tunggu selama tiga bulan dan kita akan panggil mereka untuk membuat laporan tindakan susulan terhadap syor yang telah dikemukakan oleh pihak PAC," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini, PAC mendedahkan bahawa HRD Corp telah menggunakan sejumlah RM3.77 bilion levi yang dikutip daripada majikan untuk program pembangunan latihan bagi membuat beberapa pelaburan berbeza.
PAC mendapati levi yang dikutip oleh perbadanan itu menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion pada 2023.
Berkenaan Laporan Tindakan Susulan bagi syor laporan PAC berhubung pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah, Mas Ermieyati berkata PAC berpandangan masih terdapat banyak ruang penambahbaikan bagi mencapai inisiatif sifar bangunan sekolah daif.
"Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya perlu lebih proaktif mempercepat tindakan berhubung projek pembangunan atau kerja-kerja ubah suai, naik taraf bangunan daif di samping mempergiat proses verifikasi bagi data yang telah dikunci masuk dalam EMIS (Sistem Pengurusan Sekolah).
"PAC turut mencadangkan kepada KPM untuk melihat kepada kerja-kerja pencegahan bagi menangani isu bangunan daif di sekolah, mengambil kira kewangan dan peruntukan sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
Mas Ermieyati berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas. -Gambar fail/Bernama
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.
Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.
Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.