PASIR PUTEH: Sektor perikanan akuakultur di seluruh negara telah mengalami kerugian bernilai RM438,500 setakat ini berikutan fenomena El Nino.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata ia membabitkan seramai 21 penternak dengan kerugian tertinggi direkodkan di Pahang bernilai RM217,000, Terengganu (RM108,500), Johor (RM50,000), Selangor (RM39,000) dan Kelantan (RM24,000).
Beliau berkata pihaknya menasihatkan kepada penternak terutamanya yang berada di kawasan berisiko tinggi untuk menilai situasi semasa bagi memulakan pusingan baharu ternakan atau mereka perlu bertahan sehingga cuaca kembali stabil.
"Penternak juga diminta untuk mengurangkan kadar tebaran benih memandangkan risiko ternakan untuk mati dan mendapat penyakit adalah tinggi ketika cuaca panas melampau berikutan ia boleh menjejaskan suhu air.
"Jabatan Perikanan kini sedang mengumpul maklumat mengenai penternak yang terjejas dan maklumat yang diperoleh akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, kita juga sedang mempertimbangkan untuk memberi bantuan benih kepada penternak yang terkesan apabila cuaca kembali reda," katanya.
Mengulas lanjut, Adnan berkata Jabatan Perikanan juga sedang giat memantau pendaratan ikan laut kerana khuatir bekalan akan terjejas berikutan cuaca panas yang sedang berlaku ketika ini.
Katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada nelayan membabitkan bekalan ikan selain bekalan juga masih stabil sekali gus tiada keperluan untuk menghentikan eksport ikan.
"Bagaimanapun, kita berkemungkinan akan berdepan dengan jerebu sekali gus akan membahayakan nelayan bot kecil dan menjejaskan navigasi di laut khususnya di Laut Selat Melaka.
"Oleh itu, kita menasihatkan kepada kumpulan sasar untuk mengetahui cuaca terkini daripada Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa agar aktiviti di laut tidak terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Adnan menasihatkan penternak terutamanya yang berada di kawasan berisiko tinggi untuk menilai situasi semasa bagi memulakan pusingan baharu ternakan atau mereka perlu bertahan sehingga cuaca kembali stabil. - Gambar Bernama
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.