SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penternak yang membiarkan ratusan lembu menceroboh kawasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail berkata, haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
"Seperti kita ketahui, hospital memang kawasan larangan yang sepatutnya tidak boleh dibiarkan lembu ini berkeliaran.
"Pihak hospital ada menghantar gambar dan saya dapati ratusan lembu dibiarkan meragut kawasan rumput di tempat awam ini," katanya ketika ditemui selepas operasi secara bersepadu di HTAJ Sabak Bernam pada Khamis malam.
Operasi kira-kira jam 10 malam itu disertai agensi penguat kuasa terdiri daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.
Rizam memberitahu, dalam operasi itu, beberapa penternak lembu yang menyedari kehadiran penguat kuasa segera bertindak memindah dan mengalihkan haiwan ternakan ke tempat lain.
Jelas beliau, pihaknya telah memanggil dan memberi teguran kepada penternak lembu terbabit.
"Kita telah memberikan nasihat kepada penternak dan jika masih berlaku kami akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk merampas lembu dan mengenakan kompaun kepada penternak," kata beliau.
Menurut beliau, haiwan ternakan sepatutnya diikat dan diletakkan ke dalam kandang selain tidak dilepaskan pada jarak kurang dua kilometer di premis kerajaan dan tempat awam.
Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971.
Beliau memberitahu, perkara itu penting bagi memastikan enakmen itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan kesalahan membiarkan haiwan berkeliaran tanpa kawalan hanya dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM1,000.
"Saya berharap enakmen lebih tegas dapat diambil bagi memberi kesedaran kepada penternak supaya tidak melakukan kesalahan tersebut," jelas beliau.
Selain itu, katanya, beliau juga merancang untuk mengadakan sesi perjumpaan bersama lapan penternak lembu sekitar daerah itu bagi mendengar permasalahan dihadapi dan mencari jalan penyelesaian sewajarnya.
"Jika mereka tak ada tempat dan ada lambakan lembu, mungkin saya boleh bincang dengan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan MDSB untuk melihat tanah kerajaan yang boleh disewa penternak untuk dijadikan padang ragut dengan memenuhi syarat ditetapkan," tambah beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Sebahagian lembu menceroboh masuk di kawasan HTAJ Sabak Bernam. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Rizam)
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.

Korea Selatan sahkan kes baharu LSD
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang lembu di Wonju, 86 kilometer tenggara Seoul.

Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.

Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.

DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.

LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia
Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak.

Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."

Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.