Seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anggota keluarganya tergamak merogol dan meliwat anak tirinya sebanyak tiga kali ketika mangsa berumur 14 dan 16 tahun.
Bagaimanapun, perbuatan penjual sayur itu menerima padah apabila dia disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 32 tahun serta 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Slamat Yahya menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Sembilan saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa meliwat mangsa tanpa kerelaannya sebanyak dua kali di sebuah rumah di Sungai Buloh dekat sini, sekitar 2011 dan 6 Okt 2013.
Dia didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, Hakim Slamat menjatuhi hukuman penjara berjumlah 22 tahun dan 15 sebatan.
Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sekitar bulan Januari hingga Februari 2013 di rumah sama dan bagi kesalahan itu, lelaki tersebut dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh disebat sekurang-kurangnya 10 kali.
Bagi kesalahan itu, Hakim Slamat menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan.
Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman berjalan secara berturutan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Okt 2013.
Bernama
Tue Oct 06 2015

Hakim Slamat Yahya menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. - Gambar Hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.

Memang berlaku satu, dua kes liwat, namun kenapa dirangkum semua? - Pemimpin GISB
GISB mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.

Op Global: 13 kanak-kanak rumah amal GISB pernah diliwat - KPN
Sembilan individu dikenal pasti diliwat dan polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala selebihnya pada fasa sebelumnya.

Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
Suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.

Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Pengasas pusat tahfiz dan adik ditahan, dipercayai dera dan lakukan amang seksual
Polis Melaka menahan dua beradik warga Singapura selepas dipercayai melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki sebuah pusat tahfiz di negeri ini.

Cabul, liwat: Bekas guru sekolah rendah kekal dipenjara 14 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang bekas guru sekolah rendah kerana kesalahan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki diliwat abang tiri
Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.

Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu
Hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.