PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa diliwat seorang lelaki tempatan di sebuah kondominium pada 4 Julai lalu menarik balik aduannya.
Justeru, suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya berbuat demikian kerana kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
"Kita dapat arahan daripada pendakwaan untuk NFA memandangkan pengadu telah menarik balik aduannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga asing, yang menerima pelawaan kenalan baharu yang dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah, diliwat di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.
Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.
Suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mencabul dan meliwat mangsa sebaik tiba di rumah berkenaan.
Mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.
Ekoran itu, polis menahan suspek warga tempatan itu di Ipoh, Perak pada 12 Julai lalu.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 23 2024

Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.

Memang berlaku satu, dua kes liwat, namun kenapa dirangkum semua? - Pemimpin GISB
GISB mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.

Op Global: 13 kanak-kanak rumah amal GISB pernah diliwat - KPN
Sembilan individu dikenal pasti diliwat dan polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala selebihnya pada fasa sebelumnya.

Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
Suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.

Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Pengasas pusat tahfiz dan adik ditahan, dipercayai dera dan lakukan amang seksual
Polis Melaka menahan dua beradik warga Singapura selepas dipercayai melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki sebuah pusat tahfiz di negeri ini.

Cabul, liwat: Bekas guru sekolah rendah kekal dipenjara 14 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang bekas guru sekolah rendah kerana kesalahan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki diliwat abang tiri
Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.

Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu
Hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.