PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan meneruskan siasatan berhubung dakwaan kesalahan qazaf yang dilakukan terhadap seorang pemimpin negara, dipercayai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar setakat ini Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerima empat laporan melibatkan tuduhan qazaf, antaranya dibuat di dalam Parlimen dan media sosial.
“Yang pertama berkaitan isu yang melibatkan Datuk Seri Radzi Md Jidin terhadap Perdana Menteri ketika dalam Parlimen.
"Yang kedua ada satu lagi laporan yang dibuat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) terhadap posting yang dinisbahkan kepada ‘Ustaz Dasuki’ (Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani), yang ada menyebut perkataan peliwat," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di sini hari ini.
Ditanya sama ada pendakwaan boleh diteruskan terhadap Radzi, yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan kerana perbuatan dibuat semasa persidangan Parlimen, Mohd Na'im berkata perkara itu akan diputuskan oleh pihak pendakwaan.
“Apabila ada laporan dikemukakan, siasatan akan dijalankan sama ada laporan dibuat kepada polis atau penguatkuasa JAWI.
“Semasa siasatan dijalankan, pihak-pihak berkaitan iaitu saksi akan dipanggil oleh pihak penguatkuasa agama dan di situ laporan (keterangan) akan disediakan.
“(Kenyataan dibuat dalam sidang Parlimen). Siasatan kena jalan bila ada aduan. Persoalan sama ada untuk diteruskan pendakwaan sebab kenyataan dibuat di Parlimen, itu persoalan lain dan itu akan diputuskan oleh pendakwaan nanti,” jelas beliau.
Mohd Na'im menambah siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Pada Selasa lalu, Radzi didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usulKajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.
Qazaf bermaksud membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 26 2023

Mohd Na'im menambah siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.

Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.