KLANG: Seorang peniaga air tebu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang di sini dengan 64 pertuduhan melibatkan sumbang mahram dengan anak sendiri dan merogol rakan kepada anak perempuannya yang masing-masing kini berusia 14 tahun.
Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Bagi 55 pertuduhan membabitkan sumbang mahram, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anaknya kandungnya, yang mana oleh kerana perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai terhadap tertuduh untuk berkahwin dengannya.
Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah beralamat di Klang antara April 2019 hingga Januari 2021.
Bagi sembilan pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa telah merogol rakan anaknya pada tarikh antara Ogos 2020 hingga Januari 2021 di lokasi yang sama.
Bagi sembilan pertuduhan berkenaan beliau didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh diwakili Khairul Naim Rafidi.
Terdahulu, Nurul Qistini memohon agar mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh, memandangkan tuduhan yang dikenakan adalah serius kerana melibatkan anak perempuan tertuduh dan rakannya yang masih di bawah umur.
Hakim Kunasundary kemudian memerintahkan agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan menetapkan 24 Mac sebagai tarikh sebutan.
Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya berkata, seorang lelaki ditahan pada 10 Februari lepas kerana merogol anak perempuan dan rakan kepada anak perempuannya pada bulan lepas.
Menurut Shamsul Amar, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya, tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak dia berusia 10 tahun.
-- Bernama
Bernama
Wed Feb 24 2021
Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan kesemua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
Banduan tahanan rumah akan dipakaikan peranti pengesan apabila akta direalisasikan - Saifuddin
Banduan yang menjalani tahanan rumah akan dipakaikan dengan alat peranti pengesan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang dicadangkan diluluskan Parlimen.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Rogol amah: Mahkamah Rayuan benar ahli perniagaan semak hukuman penjara 12 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan lima sebatan.
Rayuan ditolak, lelaki rogol wanita hamil kekal dipenjara 9 tahun
Hakim membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan Mohammad Sukri Jaafar, 43, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Tiga kanak-kanak ditahan kerana disyaki rogol rakan sekampung
Tiga sekawan berumur antara 12 hingga 14 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun di sebuah kebun di Tawau pada Khamis.
Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara
Ketiga-tiga beradik itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu bapa mereka.
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.