KUALA LUMPUR: Program vaksinasi di Sabah dilihat berada pada landasan yang tepat walaupun masih di tangga terendah di seluruh negara.
Pelbagai usaha kini diperhebat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah terutama sekali Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan ia terbukti dalam tempoh 10 hari terakhir Julai ini.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah dan diterima dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Julai membuahkan hasil.
"Daripada 21 hingga 31 Julai 2021, kita berjaya memberi (administer) 374,214 dos vaksin. Pencapaian harian tertinggi ialah 48,300 dos pada 31 Julai.
"Kita (Sabah) amat berharap bekalan vaksin terus diterima mengikut jadual dan jumlah bagi bulan ini (Ogos)," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Berdasarkan data dikeluarkan JKNS, jumlah suntikan untuk 10 hari iaitu 21 hingga 31 Julai 2021 menunjukkan angka vaksinasi antara 27,994 hingga 43,800 dos suntikan.
Berbanding 18 hingga 20 Julai hanya sekitar 7,000 hingga 20,000 suntikan sahaja.
Lebih membanggakan apabila Sabah merekodkan suntikan vaksin yang tinggi pada 31 Julai lalu iaitu 43,800 suntikan.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, mengikut jadual pembekalan vaksin di Sabah, ia akan dihantar pada minggu ini dan sepanjang bulan Ogos secara berkala.
Katanya, bekalan berterusan akan memudahkan program imunisasi COVID-19 di Sabah sekali gus mampu mencapai 50 peratus penduduk menerima suntikan vaksin sehingga Oktober ini.
Selain itu, beliau memberitahu, JKNS mampu memberikan sehingga 59,000 dos suntikan sehari tetapi ia bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang ada di Sabah.
Setakat semalam, Sabah merekodkan empat digit kes positif iaitu 1,002 kes yang mana saringan kontak rapat penyumbang kepada jumlah tertinggi iaitu 591 kes.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Mesyuarat Khas Parlimen minggu lalu turut membangkitkan mengenai kadar vaksinasi yang masih rendah di Sabah.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mahu bekalan vaksin dipertingkatkan di negeri itu.
“Saya minta kerajaan pastikan bulan-bulan seterusnya bekalan vaksin itu jangan dihentikan, tapi tambahkan, sebab Sabah ini unik ada rakyat tempatan, ada pekerja asing, ada pendatang tanpa izin ada macam-macam,” katanya pada sesi perbahasan selepas penerangan program vaksinasi daripada Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberitahu, kerajaan negeri menyasarkan 50 peratus penduduk di Sabah menerima suntikan vaksin sehingga Oktober ini, dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
Astro Awani
Mon Aug 02 2021
Penduduk Kampung Kolombuong Tambunan, Rejina Ontir, 82, (kiri) menunggu giliran untuk vaksinasi pada Program Suntikan Vaksin Penduduk Luar Bandar Sabah oleh Jabatan Kesihatan Tambunan di Dewan Terbuka Kampung Pahu Tambunan. - Gambar fail Bernama.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
2,082 syarikat sudah daftar untuk vaksinasi PIKAS - Azmin Ali
Daripada angka itu, sebanyak 255 syarikat membabitkan seramai 14,357 pekerja merupakan pemain industri di Johor.
Fasa kawalan wabak diaktifkan - Khairy
Fasa kawalan wabak tersebut memfokuskan kawasan industri termasuk perkilangan yang beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0.
Kejayaan UK catat kematian sifar yakinkan kerajaan tentang program imunisasi - Dr Adham
Pencapaian UK itu turut meningkatkan semangat kerajaan untuk memastikan pemvaksinan ke atas seramai mungkin penduduk di negara ini.
451,237 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19
Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 101,208 individu, diikuti Kuala Lumpur (80,978), Johor (70,999), Sarawak (70,592) dan Perak (60,384).
Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima
ASP Mohd Dzaiful berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.
Capaian internet rendah, faktor pendaftaran vaksin di N. Sembilan rendah
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kawasan berkenaan sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli.
Vaksinasi: Bantuan khas hingga RM500,000 untuk kesan sampingan serius, hilang upaya kekal
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk bantuan khas berkenaan.
Hajiji seru rakyat Sabah terus berdaftar sebagai penerima vaksin
Kerajaan negeri komited memperkasakan tahap kesedaran orang ramai berhubung perkara itu.
Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan penerima vaksin COVID-19 fasa pertama
Menteri Kesihatan menjelaskan, ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).
Unjuran OECD: Tingkat imunisasi COVID-19 untuk buka ekonomi
Negara di serata dunia disaran percepatkan pelaksanaan program imunisasi untuk keluar daripada krisis ekonomi ketika ini.