PUTRAJAYA: Bagi Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ASP Mohd Dzaiful Azrin Yahya, suntikan vaksin COVID-19 yang diterimanya ketika sedang berpuasa langsung tidak menjejaskan tahap kecergasannya.
Mohd Dzaiful yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seroja di Presint 15 di sini, berkata beliau berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.
"Saya datang ambil vaksin ini pun dengan rela hati dan tanpa perasaan waswas. Lagipun kerajaan juga dah merujuk kepada mufti bahawa mendapatkan suntikan vaksin ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa seseorang," katanya kepada Bernama.
Sarjan Anuar Musa daripada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Putrajaya berkata beliau tidak mengalami kesan sampingan seperti pening, muntah atau sakit selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 walaupun berpuasa.
"Saya juga yakin yang suntikan ini tidak membatalkan puasa saya dan tiada paksaan pun untuk ambil vaksin ini," kata anggota polis berusia 55 tahun itu yang menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menerima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini, berkongsi pengalamannya dalam hantaran Facebook beliau dengan menyifatkan suntikan itu seumpama digigit semut dan tidak menyakitkan.
"Apalah sangat rasa sakit sedikit kalau nak bandingkan dengan kesihatan diri," katanya yang turut menyeru orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada COVID-19.
Penyelia di PPV Dewan Seroja itu Dr Syazwin Abdul berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pembatalan janji temu daripada individu berpuasa yang dijadualkan menerima suntikan tersebut.
"Semua yang dijadualkan untuk menerima vaksin di PPV ini hadir seperti yang dijadualkan. Tetapi ada juga calon penerima vaksin yang kita tolak atas beberapa sebab antaranya baru pulih daripada COVID-19 kurang tiga bulan.
"Di sini kita juga akan menapis sejarah kesihatan calon penerima vaksin seperti penyakit yang sedang dihidapi, ibu menyusu dan ibu mengandung," katanya.
Pada 23 Mac lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri dilaporkan berkata suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa dan ini selari dengan pandangan ulama sedunia.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 13 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
![Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618567888_Vaksinator.jpg)
Penyelia di PPV Dewan Seroja itu Dr Syazwin Abdul berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pembatalan janji temu daripada individu berpuasa yang dijadualkan menerima suntikan tersebut. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu ini
Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu ini berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
Pembukaan SK Taman Pelangi, Semenyih atasi isu sekolah padat -Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa pembukaan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini merupakan salah satu kesan intervensi dan komitmen kerajaan mengatasi masalah kepadatan sekolah di seluruh negara.
Beliau juga memberitahu sepanjang tahun 2025 ini, sebanyak 17 buah sekolah baharu lagi akan siap dan bakal beroperasi bagi mengurangkan lagi masalah sekolah padat.
#AWANInews
Beliau juga memberitahu sepanjang tahun 2025 ini, sebanyak 17 buah sekolah baharu lagi akan siap dan bakal beroperasi bagi mengurangkan lagi masalah sekolah padat.
#AWANInews
KDNK: Bukan sekadar angka, Malaysia kini di landasan tepat
Kerajaan akan terus menyokong gaji yang adil, menarik pelaburan, dan mewujudkan lebih banyak peluang supaya pertumbuhan ekonomi yang baik dapat dirasai oleh semua. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi Malaysia berada di landasan yang betul.
AWANI Pagi: Air tangan muslimin jamu jemaah lebih sedekad
Ikuti perkongsian mengenai istimewa air tangan kariah lelaki di Surat At-Taqwa, Damai Murni, Cheras, Kuala Lumpur menjamu 100-150 orang jemaah pada setiap minggu sejak lebih 15 tahun lalu dengan tujuan mengeratkan ukhuwah apabila tidak menggunakan wang surau sebaliknya penaja daripada kalangan jemaah yang tampil bersedekah.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.
![Anggota polis terlibat kemalangan selamatkan pemandu daripada terbakar Anggota polis terlibat kemalangan selamatkan pemandu daripada terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739756921_trakpolis.jpg)
Anggota polis terlibat kemalangan selamatkan pemandu daripada terbakar
Pemandu kereta yang dalam keadaan sedar telah diselamatkan oleh anggota polis terlibat dengan memecahkan cermin dan menariknya keluar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
![EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739756273_tbJamesMaddisonsc.jpg)
EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.
![Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739753899_tbKiaSorentoterba.jpg)
Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 pagi, sebelum jentera dari BBP Kapar tiba di lokasi 10 minit kemudian.
![Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739752092_tbPasarRayaMydin.jpg)
Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam ketika pengunjung sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
![Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
![Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737581394_TBStephenRundi.jpg)
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
![Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660782615_WHO.jpg)
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
![Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD) Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
![TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
![Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733738684_tbMalaysiaChinaC.jpg)
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
![Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61732982723_TBsudancholera.jpg)
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
![Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
![Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731409948_mpoxafrika.jpg)
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.