KOTA TINGGI: Sebanyak 2,082 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar untuk vaksinasi di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat Rabu.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata daripada angka itu, sebanyak 255 syarikat membabitkan seramai 14,357 pekerja merupakan pemain industri di Johor.
"Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan ia dapat diselesaikan mengikut jadual. Saya mendapat jaminan daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa bekalan vaksin akan dipertingkatkan dalam bulan Julai dan Ogos.
"Ia sebagai memenuhi keperluan sektor ekonomi kerana hari ini, pelaksanaan PIKAS hanya untuk sektor pembuatan dan perkilangan, selepas ini kami akan teruskan dengan sektor perladangan, pembinaan dan lain-lain," katanya pada sidang media selepas melawat PPV industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang di sini pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan menyarankan PPV industri COVID-19 di bawah PIKAS untuk turut memberikan vaksinasi kepada keluarga dan komuniti di kawasan sekitar industri, selain daripada pekerjanya dalam usaha membantu mempercepat vaksinasi kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok.
"Ini kerana PPV industri ini telah sedia ada... mereka (pihak swasta) juga telah bersedia untuk memanjangkan perkhidmatan ini kepada keluarga pekerja-pekerja mereka dan juga masyarakat tempatan di sekitar kawasan PPV tersebut, " katanya yang turut menjamin bahawa proses itu akan diberi secara percuma.
BACA: PIKAS dilancar hari ini - MITI
BACA: Ketibaan bekalan besar vaksin pada Julai, Ogos percepat proses imunisasi - Khairy
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata sebanyak tiga lagi PPV industri dirancang untuk beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat untuk membantu mempercepat vaksinasi kepada golongan pekerja industri.
"CITF (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID- 19) dan pasukan MITI akan turun ke lapangan untuk melihat kemudahan, sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, maka tiga tambahan ini akan diluluskan dalam satu dua hari ini," katanya.
Untuk rekod, sebanyak tiga PPV di tapak (on-site) dan enam PPV penggunaan umum (common use) telah ditubuhkan di bawah PIKAS setakat ini.
PIKAS dilancar pada 12 Jun lalu, dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan daripada persatuan industri, dewan perniagaan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021

Mohamed Azmin pada sidang media selepas melawat ke PPV industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, 18 Jun, 2021. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Anwar gesa projek bawah PIKAS 2030 terap prinsip tatakelola tegas, tiada tolak ansur
Anwar mahu projek-projek di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 diterapkan dengan prinsip tatakelola yang tegas dan tidak bertolak ansur.

Proton jangka mengakhiri 2021 lebih mantap, selepas jualan meningkat
Proton Holdings Bhd dijangka mengakhiri 2021 dengan lebih mantap selepas menyaksikan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksportnya mula memulih.

COVID-19: Lebih 98 peratus pekerja sektor pembuatan divaksin menerusi PIKAS - Azmin
PIKAS mencatat prestasi yang amat baik dan membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.

PIKAS: 230,090 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama
Seramai 230,090 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat hari ini.

Vaksin COVID-19: Melaka sasar suntik 14,600 individu sehari menerusi 72 PPV
Kerajaan negeri Melaka mensasarkan mampu memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 14,600 individu sehari.

COVID-19: 130 kakitangan Cement Industries Sabah terima dos pertama
Kira-kira 130 kakitangan Cements Industries (Sabah) Sdn. Bhd. telah mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

52,225 dos vaksin pertama diterima pekerja sektor pembuatan melalui PIKAS - Azmin
52,225 dos vaksin pertama telah diberikan kepada pekerja di dalam sektor pembuatan sejak 24 hari PIKAS dilancarkan.

MITEC dilantik pusat vaksinasi perindustrian di bawah program PIKAS
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.

PIKAS untuk 30,000 pekerja sektor industri di HKTP bermula Sabtu ini
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk 30,000 pekerja sektor industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, akan diadakan di Kompleks Sukan KHTP, bermula Sabtu ini.

PEMULIH: Dana RM150 juta bagi untuk PIKAS, kurangkan tanggungan syarikat - PM Muhyiddin
Kerajaan bersedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja lengkap dua dos vaksin