KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua rakyat negeri ini untuk terus berdaftar sebagai penerima vaksin dalam usaha berterusan mengekang penularan COVID-19.
Beliau berkata, kerajaan negeri dalam pada itu komited memperkasakan tahap kesedaran orang ramai berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.
"Kita berharap rakyat kita lebih ramai mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapat vaksin yang akan diberi percuma oleh kerajaan.
"Ini bertujuan untuk mengawal kita daripada mendapat penyakit ataupun COVID-19 ini.
"Saya yakin mereka dalam proses untuk mendaftar kerana maklumlah, di Sabah ini besar dan bekalan ubat pun belum lagi menyeluruh, tetapi Insya-Allah saya yakin kita akan dapat memberi vaksin kepada ramai rakyat kita di negeri Sabah," katanya.
Pada Selasa, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan tahap kesedaran di Sabah, Kelantan dan Terengganu berkaitan pendaftaran vaksin yang rendah setakat ini.
Jelasnya, Agensi Pengurusan Bencana Alam (NADMA) akan digerakkan dari rumah ke rumah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran khalayak di ketiga-tiga negeri itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Hajiji ketika ditemui media selepas majlis penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, hari ini berkata, pihaknya bersedia membeli vaksin sekiranya ia tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat di negeri Sabah.
"Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk membeli vaksin-vaksin ini, sekiranya tidak cukup bekalan untuk Sabah, kerajaan negeri Sabah akan membeli vaksin untuk rakyatnya.
"Tetapi saya yakin vaksin akan cukup untuk rakyat Sabah yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia," katanya.
Terdahulu, seramai 65 ketua keluarga mangsa kebakaran telah menerima bantuan bakul makanan serta bantuan kewangan bernilai RM500.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.
Ruzaini Zulkepli, Eleanor Michelle Patrick
Wed Mar 17 2021

Hajiji (tengah) dalam majlis penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di Kota Kinabalu hari ini. - Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.