Pengusaha pusat asuhan kanak-kanak (taska) boleh menolak kehadiran kanak-kanak yang didapati mempunyai masalah kesihatan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Ruhaini Zawawi berkata, perkara itu tidak menjadi satu kesalahan, untuk mengelakkan berlaku kes-kes tidak diingini, termasuk kematian di pusat jagaan.
Menurutnya, berdasarkan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012, pengusaha boleh pada bila-bila masa enggan menerima masuk kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit, sehinggalah diperakui sihat oleh pegawai perubatan.
"Ini yang perlu kita beri penekanan terutama bagi penyakit berjangkit seperti demam, selesema, penyakit kulit dan cacar air kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
"Dalam hal ini, ibu bapa juga memainkan peranan pastikan anak-anak sihat apabila diserahkan kepada penjaga, kita kalau boleh tidak mahu ada elemen saling menyalahkan bila berlaku sesuatu kes," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau ditemui selepas mengadakan pemeriksaan ke sebuah taska di Bandar Seri Botani, di sini susulan kematian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Jumaat lalu.
Bayi itu disahkan meninggal dunia selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika diambil oleh ibu bapanya daripada taska berkenaan.
Polis memaklumkan punca kematian mangsa, Muhamad Akif Iskandar Meor Ikram adalah disebabkan masalah paru-paru berair.
Ruhaini berkata, dalam kes tersebut, pengusaha mendakwa mereka tidak dimaklumkan keadaan kesihatan sebenar bayi itu.
Menurutnya, hasil siasatan JKM juga mendapati, tiada sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan dalam menjaga kanak-kanak terbabit.
"Sebab kematian mangsa telah disahkan dan ia bukan disebabkan elemen penderaan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ruhaini memberitahu, pemeriksaan dilakukan adalah untuk memastikan taska berkenaan tidak beroperasi selepas perakuan pendaftarannya tamat tempoh Januari lalu.
Menurutnya, pihaknya mendapati kelewatan itu bukan disengajakan kerana mereka dalam proses untuk melengkapkan dokumen diperlukan.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, taska tersebut tidak dibenarkan beroperasi sehingga mendapat perakuan pendaftaran baru daripada JKM.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 11 2019

Ibu bapa juga memainkan peranan pastikan anak-anak sihat apabila diserahkan kepada penjaga. - Gambar hiasan/Freepik

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.