Pihak pengurusan sebuah hotel yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) didenda RM50,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi kesalahan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Syarikat Putra Palace Sdn Bhd yang diwakili anggota pentadbirannya mengaku bersalah selepas 10 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Siasatan GST, Bahagian Penguatkuasaan Kangar, sejak 1 Jan 2015 hingga Jun 2016.
Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Azman memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda itu. Syarikat membayar denda tersebut.
Sementara itu, tiga Ahli Lembaga Pengurusan PKENPs turut mengaku bersalah terhadap 10 lagi pertuduhan sama yang dilakukan pada tempoh, tempat dan tarikh yang sama.
Hakim Azman memerintahkan Norsiake Kassim yang mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan berkenaan didenda RM18,600, sementara Mohd Nazar Ismail dan Hasmadi Ibrahim yang masing-masing mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan didenda RM3,600 setiap seorang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis Azmadi Zakaria manakala Putra Palace Sdn Bhd dan tiga ahli lembaga pengurusan PKRNPs diwakili peguam Siti Hajar Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2017
Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.