MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baharu sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.
Beliau berkata penyasaran subsidi diesel yang diumum sebelum ini mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
"Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat, tentang penyasaran subsidi diesel, diesel yang bocor ini melibatkan berbilion ringgit... orang kaya, perindustrian besar yang kerajaan masih berikan subsidi.
"Jadi penyasaran subsidi itu dikenakan kepada orang-orang kaya, industri besar dan warga asing. Para nelayan dan pekebun kecil, pemandu grab dan teksi, semua dikecualikan... mungkin hampir sejuta rakyat dikecualikan daripada dikenakan cukai diesel," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap di Konvensyen MADANI yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menggesa semua kementerian dan jabatan menjadikan slogan MADANI satu konsep yang dinamik selari dengan perkembangan teknologi, digitalisasi serta kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan negara.
Anwar juga menyentuh mengenai Persidangan Ekonomi Islam yang berlangsung pada 28 dan 29 Mei ini di Kuala Lumpur yang akan mengambil kira teras Maqasid Syariah iaitu skop lebih luas dan menyeluruh.
"Persidangan ekonomi tersebut akan melihat ekonomi Islam dari aspek Maqasid yang lebih luas, bermakna bagaimana penyertaan rakyat, memperbaiki kesenjangan sosial, menggunakan peluang dan meneroka teknologi digital AI.
"Persidangan itu akan membawa satu pemikiran baharu yang saya anggap MADANI kerana ia membicarakan soal masyarakat, mencakupi semua bidang," katanya.
Ab Rauf pula berkata 10 resolusi telah diperhalusi untuk dicerakin dan direalisasikan dalam konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu.
Beliau berkata ia termasuk mengakui Malaysia MADANI adalah gagasan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah, memenuhi kehendak semasa dan masa hadapan serta potensi rakyat negeri dan negara.
"Suara dan hasrat rakyat serta agensi kerajaan harus disinergikan sebagai usaha membangun negara MADANI seiring dengan kegiatan dakwah agar mesej RAHMAH dapat diterjemahkan kepada masyarakat dengan lebih strategik.
"Jabatan Ketua Menteri sebagai jabatan utama negeri perlu menjadi penyelaras bagi penyaluran dana daripada kerajaan kepada rakyat di seluruh negeri Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Anwar berkata penyasaran subsidi diesel yang diumum sebelum ini mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.

Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.

Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.