KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.
Bekas Setiausaha syarikat 1MDB, Goh Gaik Kim, 54, yang turut menghadiri mesyuarat itu bersama Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Jasmine Loo Ai Swan dan Ashvin Jethanand, berkata, rancangan untuk mengadakan mesyuarat di Hotel Hilton, London dibuat oleh pihak pengurusan 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Wanita itu yang dirujuk dengan minit mesyuarat bertarikh 16 Mei 2011 berkata, sebelum mesyuarat itu bermula, Jasmine Loo yang merupakan peguam 1MDB, telah menyerahkan tiga set dokumen kepadanya untuk simpanan iaitu Resolusi Ahli Lembaga Pengarah, Resolusi Pemegang Saham Biasa dan Resolusi Pemegang Saham Keutamaan.
"Dokumen-dokumen ini adalah berkaitan dengan pelaburan tambahan RM1 bilion di bawah Perjanjian Pembiayaan Murabaha dengan 1MDB-PetroSaudi. Kesemua dokumen ini telah siap ditandatangani oleh semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan Datuk Seri Najib. Bagaimanapun, perkara ini (dokumen tersebut) tidak dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan," katanya.
Di dalam mesyuarat tersebut, saksi berkata, terdapat beberapa perkara penting yang dibincangkan termasuk pembentangan yang dibuat oleh Jasmine Loo mengenai Perjanjian Pembiayaan Murabaha.
Goh yang kini merupakan Setiausaha syarikat TRX City Sdn Bhd berkata, pada keesokan hari selepas mesyuarat tersebut beliau pulang ke Malaysia.
"Saya ada menerima jadual lawatan tersebut. Seingat saya, terdapat beberapa events yang diadakan sebelum atau selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, tetapi saya hanya menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sahaja," kata Goh yang mula berkhidmat sebagai Setiausaha syarikat 1MDB pada 31 Mac 2011 sebelum berhenti pada 1 April 2016.
Pada prosiding 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral memberitahu mahkamah bahawa pada 2011, Najib telah meluluskan dana tambahan RM1 bilion dalam perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
![Pengurusan 1MDB mesyuarat di London bincang dana tambahan RM1 bilion - Saksi Pengurusan 1MDB mesyuarat di London bincang dana tambahan RM1 bilion - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639041922_MDB.jpg)
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718097764_FahmiFadzil.jpg)
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680061897_TBJHOLOW.jpg)
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
![Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716984836_NurAidaArifin.jpg)
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
![Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068377_NajibRazak.jpg)
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.