Menurut laporan itu, situasi sedemikian menyebabkan krisis yang teruk, khususnya dalam mendapatkan bekalan roti, sehingga kebanyakan kedai roti di selatan Semenanjung Gaza terpaksa ditutup.
UNRWA menjelaskan bahawa lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dikepung oleh kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan, dengan mendapatkan makanan menjadi tugas yang mustahil bagi keluarga di wilayah itu.
Agensi itu turut menyatakan bahawa keadaan penduduk berkenaan di khemah dan pusat perlindungan perpindahan adalah tragis, memandangkan kelaparan dan kesejukan, serta ketidakmampuan organisasi antarabangsa untuk memenuhi keperluan mereka akibat kekurangan makanan dan pemakanan.
UNRWA menyeru pembukaan penuh lintasan sempadan dan kemasukan bekalan yang diperlukan penduduk bagi mengurangkan kebuluran yang semakin memburukkan kes-kes kekurangan zat makanan dan pelbagai penyakit.
--BERNAMA-WAFA