Mon Nov 25 2024
AWANI Ringkas: Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kritik Menteri Pelancongan isu papan tanda dwibahasa
Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak benar dan memalukan.
Kestabilan, dasar jelas kunci utama menarik pelabur - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam bidang perindustrian misalnya Malaysia memberikan rangka kerja dan penambahbaikan hingga kini menjadi hab semikonduktor utama di rantau ASEAN.
KDN hormati keputusan mahkamah pulangkan 172 jam Swatch
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' dirampas tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
PBB optimis INC-5 berakhir dengan perjanjian konstruktif
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) optimis bahawa rundingan di Korea Selatan bertujuan meratifikasikan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran disebabkan plastik dapat dipersetujui.
[TERKINI] Suspek bunuh ibu simpan mayat dalam peti sejuk didakwa esok
Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di kediamannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, didakwa esok.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Nawab maestro yang teliti - Datuk Chuari
Penyampai radio veteran, Datuk Chuari Selamat, mengenang Tan Sri Ahmad Nawab sebagai seniman yang mementingkan kesempurnaan, terutama ketika mengendalikan persembahan besar.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia.
[TERKINI] Hubungan diplomatik dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Ciri-ciri 'seniman' ada dan beliau telah penuhi - Datuk M.Nasir
Penyanyi terkenal Datuk M.Nasir turut hadir mengiringi perjalanan akhir jenazah Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Beliau jugak menyatakan kekaguman arwah yang merupakan seorang seniman hebat dalam arena muzik tanah air. Ramai artis-artis besar telah berjaya dilahirkan berdekad-dekad dengan karya lagu yang begitu banyak dan ciri-ciri seorang seniman telah pun ada pada arwah.
#AWANInews
Tajuk lagu 'Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu' kini menjadi nyata
Penulis lirik, Datuk Chuari Selamat yang pernah bekerja rapat bersama dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab berkongsi cerita tentang peluang yang arwah berikan kepadanya untuk menulis lirik lagu "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu" menggamit pelbagai kenangan sepanjang penghasilan karya tersebut. Beliau memaklumkan dari lagu ini telah menimbulkan pelbagai cerita dari segi lirik dan melodinya.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara.
Menurut Perdana Menteri Ireland Simon Harris dalam temu bual dengan Sky News yang diterbitkan pada Ahad, langkah itu susulan potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul daripada dasar perdagangan Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Uruguay pilih presiden baharu dalam persaingan sengit
Uruguay, negara Amerika Selatan yang terkenal dengan pantai, undang-undang ganja yang diliberalisasikan, dan kestabilannya, mengadakan pemilihan presiden pusingan kedua pada Ahad.
Pilihan raya ini menyaksikan persaingan sengit antara Yamandu Orsi, calon pembangkang dari sayap kiri tengah, dan Alvaro Delgado, calon konservatif yang disokong oleh sekutu yang menduduki tempat ketiga pada pusingan pertama.

Pilihan tepat pilih Ahmad Nawab gubah lagu Malaysia Truly Asia
Kata Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, keputusan yang tepat memilih Allahyarham Ahmad Nawab untuk gubah lagu Malaysia Truly Asia hingga kita menjadi negara pelancong kedua terbesar di Asia selepas China.