KUALA LUMPUR: Pendekatan memecahkan kelas kepada dua kumpulan murid menjelang pembukaan sekolah mengikut fasa pada Oktober depan dilihat berkemungkinan akan menambah beban tugas pengajaran guru.
Bagi Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad, ia pastinya akan menimbulkan kekangan kepada para guru untuk merancang pembelajaran dan memastikan silibus mata pelajaran dapat diselesaikan.
“Pendekatan ini sebenarnya mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guru kerana mereka terpaksa lakukan dua beban tugas yang sama berat, iaitu mengajar sewaktu minggu pertama untuk Kumpulan A, dan minggu kedua untuk Kumpulan B.
“Selain itu, mereka harus lakukan juga PdPR pada waktu yang sama yang bermaksud beban tugas mereka dalam satu minggu itu selain daripada mengajar pelajar-pelajar Kumpulan A, mereka juga harus menyelia pelajar Kumpulan B melakukan self-learning di rumah masing-masing.
“Dan sudah tentu saja mereka (Kumpulan B) akan terus berhubung dengan guru apabila mereka mempunyai masalah pembelajaran.
“Jadi, sudah pasti perkara pertama yang akan menjadi topik di kalangan guru adalah beban tugas mereka akan bertambah berlipat kali ganda di dalam tempoh penggiliran ini,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Pengoperasian sekolah: Tak hadir tak apa, tapi perlu ada surat penjelasan - Radzi Jidin
BACA: Pengoperasian sekolah: Hanya 50 peratus kehadiran murid dalam kelas, kurangkan risiko penularan - Radzi Jidin
Untuk itu jelasnya, kaedah penggiliran yang lebih sesuai ialah dengan membenarkan murid-murid datang ke sekolah mengikut tahun atau tingkatan.
“Misalnya hanya murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja hadir pada minggu pertama manakala pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dibenarkan hadir pada minggu yang kedua.
“Penyusunan semula fizikal kelas boleh dilakukan untuk memastikan penjarakan fizikal dan SOP dapat dipatuhi.
“Jadi di situ kita dapat lihat, kita masih boleh mencapai 50 peratus kehadiran ke sekolah tetapi hanya kelompok yang berasaskan tingkatan sahaja.
“Jadi kalau kita dapat lakukan itu, kita tahu guru masih mendapat beban tugas yang sama seperti sebelum ini iaitu mereka perlu mengajar pelajar satu kelas sama sekali jalan, dan mereka tidak perlu lakukannya berulang kali dalam minggu yang sama,” tambah Dr Anuar.
BACA: Pengoperasian sekolah: Penugasan guru tidak divaksin sedang diteliti - Radzi Jidin
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menjelaskan, pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan .
Jelasnya, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.
Langkah itu juga bagi pengawalan murid dan guru akan memastikan murid mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ditetapkan.
Faris Danial Razi
Sun Sep 12 2021

Menurut Dr Anuar, kaedah penggiliran yang lebih sesuai ialah dengan membenarkan murid-murid datang ke sekolah mengikut tahun atau tingkatan. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.