KUALA LUMPUR: Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada 9 malam esok.
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) Jismi Johari berkata penghantaran pertama itu melibatkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan, sebelum diikuti penghantaran kedua sebanyak 30 tan yang dijadual pada 10 Nov ini.
Beliau berkata 50 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai hampir RM7 juta itu berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan oleh 45 badan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh 24 jam.
"Perjalanan bantuan tersebut akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir dan dibawa masuk melalui sempadan Rafah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
"Kita jangka barangan itu sampai kepada rakyat Palestin dalam tempoh tiga hingga lima hari bermula esok bergantung kepada kebenaran untuk barang itu masuk ke Rafah," katanya pada sidang media penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Ops Ihsan kepada rakyat Palestin di Gaza di sini hari ini.
Pelepasan bantuan kemanusiaan akan disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan ketua perwakilan asing.
Pada Sabtu dan Ahad lepas, hampir 800 sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat terlibat dalam membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data hingga kepada penyusunan barangan di dalam kotak yang disediakan di gudang Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) di Sepang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

50 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai hampir RM7 juta itu berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan oleh 45 badan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh 24 jam. - Sumber foto Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan untuk Palestin pada esok
Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada 9 malam esok.

CAEXPO: e-Commerce Zone permudah urusan kastam dengan China
Dikenali dengan nama Malaysia e-Commerce Zone, penubuhan gedung ini bermatlamat memudahkan pengurusan kastam membabitkan produk tempatan yang memasuki pasaran China.