Tahap penggunaan racun serangga dalam kalangan pekebun di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.
Beliau berkata penggunaan racun makhluk perosak yang berlebihan bukan sahaja membahayakan petani dan pengguna, malah merosakkan alam sekitar serta menyebabkan sayur-sayuran tidak dapat dieksport ke negara luar.
Katanya, bagi membantu petani di Cameron Highlands mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak untuk mengawal ulat 'Plutella' dan ulat Pelombong Daun, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah berjaya membiakkan tiga agen kawalan biologi.
"Agen kawalan biologi ini dibiakkan dari jenis parasitoid iaitu 'Diadegma' dan 'Cotesia' secara besar-besaran di makmal untuk kegunaan petani bagi mengawal ulat Plutella manakala jenis 'Tiger Fly' pula untuk mengawal ulat pelombong daun," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Agen Kawalan Biologi di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Nor dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan Yang Razali.
Sim berkata semua petani dan pengusaha sayuran di Cameron Highlands digesa menggunakan ketiga-tiga agen kawalan biologi itu demi menjamin kualiti serta keselamatan makanan selain mengurangkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan racun makhluk perosak yang berlebihan.
Katanya semua petani dan pekebun tanaman sayuran berdaun di sini diberi tempoh selama enam bulan bagi mengurangkan penggunaan racun serangga sebelum tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil.
"Analisis ekonomi yang dijalankan mendapati teknologi ini berupaya memberikan penjimatan kos racun makhluk perosak sebanyak RM2,000 semusim.
"Ketiga-tiga agen kawalan biologi ini telah dibiakkan secara besar-besaran untuk dibekalkankepada petani sayur-sayuran di tanah tinggi Cameron Highlands," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan dan persatuan petani di Cameron Highlands bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesan penggunaan racun perosak dan kelebihan menggantikannya dengan penggunaan agen kawalan biologi sebelum memperluaskannya di seluruh negara.
Agen Kawalan Biologi merupakan satu kaedah lestari bagi pengawalan serangga perosak untuk tanaman sayur-sayuran yang memberi impak yang negatif terhadap hasil pengeluaran pertanian negara pada hari ini.
Kaedah kawalan biologi yang dibangunkan Mardi dan Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah itu daripada menular terbukti berkesan mengawal serangan serangga perosak di kebanyakan kawasan pertanian seluruh dunia.
Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan terkenal sebagai pusat penghasilan dan pengeluaran sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang utama di negara ini sejak pertanian mula diperkenalkan di daerah ini pada awal tahun 1930-an.
Secara keseluruhannya, Pahang merupakan negeri terbesar mengeluarkan sayur-sayuran terutama kubis bulat yang ditanam di kawasan seluas 2,770 hektar, menghasilkan pengeluaran hampir 68,500 tan metrik dengan sumbangan terbesar datang dari Cameron Highlands iaitu sebanyak 68,400 tan metrik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Mardi dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah berjaya membiakkan tiga agen kawalan biologi untuk membantu petani dan pekebun di Cameron Highlands. - Gambar hiasan
ASEAN25: MBPP, MBSP indahkan, naik taraf infrastruktur
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengindahkan dan menaik taraf infrastruktur bandar di lokasi yang terlibat dengan mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.
AWANI Ringkas: Jangan 'selesa' dengan banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Bagi presiden menghadiri perbicaraan, isu keselamatan dan perlindungan peribadi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kata peguam.
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
Perikanan tangkapan catat pengeluaran 1.42 juta tan metrik tahun lepas
Pengeluaran dari perairan laut pantai menyumbang sebanyak 86.7 peratus iaitu 1.23 juta tan metrik.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Institusi Al-Azhar kesal sikap tidak peduli dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza
Keadaan teruk di Gaza dengan sekatan lebih 15 bulan telah menyebabkan penduduknya dalam penderitaan yang tidak dapat dibayangkan.
Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.