KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil pesakit termasuk 'repurpose bed' (katil yang diubah suai) di hospital-hospital di Lembah Klang kini melebihi 85 peratus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata mengambil kira keperluan katil tambahan, khususnya di unit rawatan rapi (ICU), Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan beberapa langkah afirmatif segera untuk menangani keadaan luar jangka kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital-hospital kementerian di Lembah Klang, terutamanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Antaranya ialah meluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
Selain itu, kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan seperti alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), akan ditingkatkan bagi menerima serta merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
"Turut dilaksanakan ialah memberi penugasan semula sementara kepada petugas kesihatan merangkumi pakar perubatan dan anggota paramedik dari negeri tertentu, bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata langkah lain ialah mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir daripada Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal bagi membantu petugas kesihatan seperti di pusat pemberian vaksin (PPV), manakala sebahagian jururawat berpengalaman di PPV dan pusat saringan COVID-19 ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM.
"Menerusi langkah-langkah afirmatif ini, KKM berharap tekanan tinggi yang diterima oleh pihak hospital untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dapat dikurangkan dari semasa ke semasa, serta negara dapat segera mencapai pemulihan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.
Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima 60 hingga 70 pesakit COVID-19 sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan selain perlu dirawat di ICU.
Beliau menjelaskan jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sebagai hospital rujukan berstatus Hibrid COVID-19, iaitu menerima pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, ditangani dengan penyediaan dan penggunaan katil tambahan, manakala pesakit COVID-19 yang telah stabil dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori.
Menurutnya, jumlah kedatangan atau rujukan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat ke hospital KKM di Lembah Klang ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh yang kini berstatus Hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut mengendalikan sementara pesakit COVID-19 hingga kategori empat sebelum dipindahkan ke hospital.
"KKM juga bekerjasama dengan HPKK UKM, Hospital UPM, Hospital UiTM dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menerima serta merawat kes pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19," kata Dr Adham.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Dr Adham berkata daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima. - hiasan/Astro AWANI @Shahir Omar
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
MATEC 2024: Platform terbaik usahawan automotif perkenal produk tempatan
Pemain industri yang ditemui berpendapat program ini membuka peluang menonjolkan produk tempatan selain menarik minat anak muda untuk menceburi bidang automotif.
MARA komited wujudkan ekosistem bersepadu, perkasa industri automotif tempatan
MARA komited mewujudkan ekosistem sokongan holistik meliputi pembangunan modal insan bagi usahawan tempatan dalam industri automotif.
MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.
Bekas eksekutif kanan MARA didakwa terima rasuah RM45,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Kampung Baru antara 11 Sept 2015 dan 15 Feb 2016.
Lebih 150 usahawan meriahkan Mini KUD@ D' Bendang Sungai Rambai
Lebih 150 usahawan tempatan dan luar Melaka akan memeriahkan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@D'Bendang bersempena dengan penganjuran Festival D'Bendang 2024 pada 9 hingga 11 Ogos depan.