KUALA LUMPUR: Industri penyiaran negara mengalami kerugian lebih RM3 bilion setahun akibat aktiviti penstriman haram dan cetak rompak.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din, orang ramai juga sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram.
"Mereka yang dapatkan daripada kotak-kotak (penstriman haram) kualitinya amat kurang kalau kita bandingkan daripada yang sebenar dan jauh berbeza.
"Mereka ini juga terdedah kepada (kebocoran) maklumat dan mereka mungkin akan digunakan untuk scam (penipuan) yang lain. Jadi mereka kena fahamlah tentang perkara itu," jelasnya ketika hadir merasmikan Seminar Penguatkuasaan Penstriman dan Cetak Rompak Terhadap Industri Penyiaran di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM di sini hari ini.
Seminar yang diadakan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Jelasnya lagi, JSJK ketika ini sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan operasi yang dilakukan bagi membendung aktiviti berkenaan daripada terus menular.
Namun jelasnya apa yang penting adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya atau risiko yang dihadapi mereka menerusi aktiviti tersebut.
Malah JSJK juga telah memperhebatkan kempen pencegahan bagi mendidik dan mendedahkan informasi dari semasa ke semasa malah pada skala yang lebih besar pada bulan ini dan bulan depan.
Ia penting katanya memandangkan jenayah komesial yang berlaku sangat terkait dengan sikap orang ramai itu sendiri.
"Untuk bulan ini dan bulan depan kita akan buat pada skala yang lebih besar dimana pelancarannya kita akan buat di Johor pada hujung bulan Jun ini.
"Kita nak beri maklumat yang secukupnya kepada masyarakat tentang scam dan juga termasuklah aktiviti-aktiviti jenayah komersial yang lain supaya masyarakat boleh memperkasakan diri mereka," katanya lagi.
Sementara itu beliau menyifatkan seminar yang diadakan hari ini bertepatan pada masanya untuk pihak JSJK dan juga pemain-pemain industri seperti Astro untuk bertukar maklumat dan pandangan bagi turut sama membenteras aktiviti penstriman haram di negara ini.
Seminar sebegini dilihat sebagai satu jalinan kerjasama yang diperlukan dalam konteks membendung isu jenayah komersial dengan lebih berkesan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jun 09 2022
![Pengguna penstriman haram terdedah kepada risiko kebocoran data peribadi - JSJK Pengguna penstriman haram terdedah kepada risiko kebocoran data peribadi - JSJK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654745103_KamarudinMdDinJS.jpg)
Mohd Kamarudin berkata orang ramai sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram. - Gambar fail
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024 KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720355095_KejohananUniversit.jpg)
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet [KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644230244_piracy.jpg)
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
![Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687171316_AstroLogo.jpg)
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
![Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709459520_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
![Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687171316_AstroLogo.jpg)
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
![Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711534822_JSJK.jpg)
Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan
Kedua-dua yang ditahan itu berumur 53 dan 57 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket itu.
![EPL halang 25 laman web siar perlawanan bola sepak secara haram EPL halang 25 laman web siar perlawanan bola sepak secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703384822_EPL.jpg)
EPL halang 25 laman web siar perlawanan bola sepak secara haram
EPL berkata, 25 laman web itu merupakan yang paling popular dalam penstriman kandungan haram.
![‘Android box’ masih aktif ratah kandungan halal ‘Android box’ masih aktif ratah kandungan halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604886342_AndroidBox.jpg)
‘Android box’ masih aktif ratah kandungan halal
Pelaksanaan operasi secara berkala termasuk kempen kesedaran seakan tidak mendatangkan kesan terhadap pengguna android box yang memilih untuk menjarah apa sahaja kandungan secara haram.
![PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna peranti haram PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna peranti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688562477_PakcikRestoran.jpg)
PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna peranti haram
Satu lawatan ke beberapa lokasi premis perniagaan di Klang Selatan pada Selasa, mendapati masih ada yang menggunakan peralatan penstriman tidak sah.
![Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680593384_astroonline.jpg)
Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council
Seorang pelajar universiti berusia 22 tahun didenda RM600 serta reman dua hari selepas didapati bersalah membuat perkongsian penstriman haram membabitkan drama bersiri Projek High Council.