KUALA LUMPUR: Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Ini kerana, jangkitan perisian malware itu boleh membawa risiko kepada berlakunya kecurian dan penipuan identiti pengguna.
Astro Malaysia Holding Berhad memberitahu, pada masa sama ia juga boleh menyebabkan berlaku kebocoran dan pelanggaran data.
"Jadi ia jelas menunjukkan hasil rompakan lanun digital, meskipun dijual dengan harga murah, tidaklah membawa keuntungan seperti mana yang disangka ramai," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Astro memaklumkan, berdasarkan siasatan, stesen swasta berbayar itu mendapati laman web serta peranti penstriman haram juga turut mendedahkan pengguna dengan risiko serupa.
Menjelaskannya, Astro berkata, dua kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Singapura dan India mendapati wujudnya hubung kait yang signifikan dengan penstriman haram.
Menurut kajian itu, peningkatan penstriman haram meningkatkan peningkatan jangkitan malware.
Justeru Astro menegaskan, penstriman haram bukan sahaja membawa impak besar kepada hasil kreativiti pemain industri media dan hiburan, malah cetak rompak digital juga mendatangkan kesan kepada ekonomi negara di mana hasil negara berbilion ringgit dirompak.
Astro Awani
Thu Mar 28 2024

Astro memberitahu, jangkitan perisian malwar boleh membawa risiko kepada berlakunya kecurian dan penipuan identiti pengguna.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

AS tawar ganjaran AS$2.5 juta untuk penggodam dari Belarus
Ganjaran itu ditawarkan ke atas Kadariya, 38, kerana didakwa terlibat dalam organisasi perisian hasad.

Teknologi perlindungan perisian hasad baharu bank lindungi daripada penipuan kewangan
Bank-bank di Malaysia mula menerapkan teknologi perlindungan daripada perisian hasad ke dalam aplikasi perbankan mudah alih masing-masing sebagai sebahagian usaha bersepadu untuk melindungi pelanggan.

Insiden CrowdStrike: MyCERT keluarkan amaran eksploitasi pancingan data dan perisian hasad
Serangan itu menggunakan domain penipuan, alamat IP C2 dan binari perisian hasad untuk menjejaskan sistem dan mencuri maklumat sensitif.

Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.

Kaspersky dedahkan 'StripedFly', perisisan hasad canggih yang berkebolehan mengintip
Perisian hasad, yang pada mulanya disalahklasifikasikan sebagai pelombong mata wang kripto, telah menyelinap di seluruh dunia sejak 2017.

Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.