Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.
Katanya JAC telah memutuskan calon penggantinya dan pengumuman berkenaan akan dibuat pada masa yang sesuai.
"Saya tidak boleh mengumumkan siapa yang akan menggantikan saya kerana ia adalah pelanggaran kerahsiaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Tahun Undang-Undang 2017 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai jumlah calon yang dicadangkan untuk jawatan tersebut.
Arifin dilantik ke jawatan itu pada 12 Sept 2011. Selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada tahun lepas, tempoh perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Okt tahun lepas hingga 30 Mac ini.
Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menambah lebih ramai pegawai penyiasat (IO) dan ahli kimia khususnya di Selangor bagi mempercepatkan perbicaraan kes pembunuhan.
Menurutnya, masalah kekurangan tenaga pakar ini akan hanya melengahkan proses perbicaraan kerana mereka ini terbabit dalam kes-kes di samping perlu menghadiri perbicaraan.
"IO dan ahli kimia ini masing-masing sepatutnya menyiasat kes-kes dan menganalisis sampel dan di samping itu perlu hadiri di tiga mahkamah dalam sehari. Ini melambatkan proses perbicaraan kes bunuh," katanya ketika diminta mengulas mengenai cara-cara untuk mempercepatkan proses penyelesaian kes.
Arifin juga meminta Majlis Peguam menangani masalah kekurangan peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.
"Tertuduh dalam kes jenayah mahu khidmat peguam tertentu sahaja. Majlis Peguam perlu mencari jalan untuk menambah lagi peguam berkaitan dalam hal-ehwal jenayah bagi mengatasi masalah ketandusan peguam dalam bidang jenayah.
"Kami faham bahawa lebih ramai peguam memilih untuk memberi khidmat guaman dalam bidang sivil kerana bayaran untuk mengendalikan kes-kes jenayah tidak begitu menarik," katanya.
Istiadat perasmian dimulakan dengan perarakan oleh hakim-hakim iaitu sebahagian tradisi tahunan dan simbolik kepada bermulanya tahun undang-undang 2017 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh JAC apabila beliau bersara selepas Mac ini. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 November 2024.

Keputusan semakan kehakiman Majlis Peguam cabar pengampunan Najib 11 Nov
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Nov untuk memutuskan semakan kehakiman Majlis Peguam yang mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak.

Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.

Elak peguam rakus, JSJK cadang akaun amanah dikawal peguam dan anak guam
Keperluan akaun amanah dikawal peguam dan anak guam ialah bagi mengelak berlaku pecah amanah oleh peguam.

Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.

Reruai bantuan guaman dibuka di semua premis mahkamah
Reruai bantuan guaman akan dibuka di semua premis mahkamah di Semenanjung Malaysia bulan depan bagi orang awam mendapatkan akses kepada bantuan guaman.

Isu pekerja asing: Sokongan Majlis Peguam bukti pendirian kerajaan tepat - Sim
Sokongan Majlis Peguam terhadap ketegasan kerajaan kepada majikan dan ejen berhubung isu pengambilan pekerja asing menunjukkan bahawa pendirian itu tepat dan wajar.

MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Majlis Peguam saran umur persaraan hakim dinaikkan ke 70 tahun
Majlis Peguam hari ini mencadangkan supaya umur persaraan hakim dinaikkan kepada 70 tahun berbanding had umur 65 tahun sekarang.