ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 November 2024.


1. Harapan PM Anwar Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam sepakat selesai isu di Gaza

Di tengah lawatan rasmi ke Mesir dari 9 hingga 12 Nov, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam yang dijadual berlangsung hari ini. 



2. Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang 

Pentadbiran Universiti Al-Azhar Al-Sharif telah memaklumkan persetujuan untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi. 


3. Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika berkonvoi 

Seorang penunggang motosikal kuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta ketika konvoi di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng dekat Batu Pahat, pada Ahad.


4. Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu berkuat kuasa Selasa

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuat kuasa Selasa.


5. Mahkamah tolak permohonan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib

Majlis Peguam gagal memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.


6. Tendang kanak-kanak: Ibu dan dua rakan dipenjara 14 hari, denda RM10,000

Hukuman dijatuhkan terhadap seorang pekerja restoran makanan segera yang juga ibu mangsa, suri rumah Adibah Mohd Zaini dan penganggur Nor Azlin Fatin Najihah Lokman.


7. JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).


8. UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


9. Malaysia hasrat muktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan pada ASEAN tahun depan

Malaysia berhasrat memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, iaitu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan ketika negara mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.


10. SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.