SHAH ALAM: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus berkata, tindakan Majlis Peguam itu bertentangan dengan prinsip persaingan walaupun Seksyen 13 Akta Persaingan 2010 mengecualikan perintah pindaan daripada menggunakan akta tersebut.
“Kenaikan ini bukan yang pertama kerana Majlis Peguam pernah menaikkan yuran guaman untuk pemindahan hak milik melalui Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017.
"MyCC juga telah mengambil tindakan proaktif menangani isu membabitkan yuran tetap menerusi badan profesional sejak 2013," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, MyCC terbuka untuk memberi tumpuan kepada Majlis Peguam yang boleh menjadi ikutan kepada badan profesional lain sekiranya setuju menghapuskan penetapan yuran guaman bagi pemindahan hak milik.
Mohd Hishamudin berkata, pendekatan agensi itu sejajar dengan amalan negara maju seperti United Kingdom, Singapura dan Australia yang mana badan profesional termasuk Majlis Peguam tidak lagi mengamalkan penetapan yuran.
“Pandangan MyCC ini juga disokong oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang sebelum ini pernah beberapa kali membincangkan isu berkenaan penetapan yuran guaman dalam mesyuarat mereka yang lepas.
"Penetapan yuran guaman itu dilihat tidak konsisten terutama apabila mengambil kira yuran litigasi di Malaysia tidak tertakluk kepada kadar tetap.
"Tindakan tersebut dilihat bertentangan dengan usaha kerajaan membantu rakyat mampu memiliki rumah sendiri," ujarnya.
Inisiatif kerajaan melalui Memorandum Pemindahan (MOT) dan pelepasan atau diskaun cukai setem, pelepasan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bertujuan mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup kumpulan sasar selain dilaksana untuk menggalakkan industri perumahan.
"MyCC telah menerima kunjungan daripada pelbagai badan profesional dan persatuan peniaga yang mendapatkan sokongan kami terhadap cadangan untuk menetapkan bayaran atau harga bagi produk dan perkhidmatan mereka.
"Bagaimanapun pendekatan ini tidak sesuai dengan visi MyCC. Badan-badan ini harus berusaha dengan kreativiti dan inovasi bagi menggalakkan kecekapan pasaran, dan bukannya bergantung pada yuran skala tetap," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023

MyCC berpendapat tindakan Majlis Peguam itu bertentangan dengan prinsip persaingan walaupun Seksyen 13 Akta Persaingan 2010 mengecualikan perintah pindaan daripada menggunakan akta tersebut. - MyCC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

Tindakan tegas terhadap pihak terlibat kartel - MyCC
MyCC tidak gentar atau pilih kasih dan kekal komited dalam melaksanakan tindakan itu bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan wujud persaingan sihat dalam pasaran.

KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.

Kartel tipuan bida: MyCC cadang kenakan tiga kontraktor penalti kewangan
MyCC mengeluarkan Keputusan Cadangan mengenakan penalti kewangan terhadap tiga syarikat kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida bernilai RM45 juta.

MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM446,092.95 ke atas tujuh syarikat persendirian atas dakwaan penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida.

MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengambil tindakan terhadap 100 perusahaan sejak ditubuhkan pada April 2011.

Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.

MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.