KUALA LUMPUR: Sokongan dan penerimaan positif Majlis Peguam terhadap ketegasan kerajaan kepada majikan dan ejen berhubung isu pengambilan pekerja asing menunjukkan bahawa pendirian itu tepat dan wajar.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata pendirian kementerian jelas iaitu setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia wajib dibayar gaji selepas mereka menandatangani kontrak perkhidmatan bersama majikan dan ejen pekerjaan.
Beliau berkata kewajiban itu berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 dan jugamengambil kira keputusan beberapa kes penghakiman di mahkamah berkaitan isu penggajian sebelum ini.
"Pendirian kita jelas, kalau nak bawa masuk pekerja asing ke Malaysia, kena ada kerja. Kalau tiada pekerjaan, mereka tidak boleh dibawa masuk...tetapi jika dibawa masuk kerana ada kerja namun kemudian pekerjaan itu tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, maka wajib juga bayar gaji bermula daripada dia (pekerja) dibawa masuk.
"Ini penting supaya jangan ada orang (ejen) salah guna (kuota pengambilan) dan membiarkan pekerja berada di asrama berbulan-bulan tanpa dibayar gaji dan ia juga demi memastikanmajikan tidak sewenang-wenangnya memohon dan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Program Kesuma Madani yang akan diadakan sempena sambutan Thaipusam minggu depan, di Batu Caves, di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Malaysia Datuk Seri M. Ramachelvam dilapor memuji ketegasan Sim dalam memastikan kes penipuan membabitkan warga asing yang dibawa masuk tanpa ketersediaan pekerjaan tidak berulang.
Sim, sebelum itu, telah mengarahkan satu siasatan dibuat berhubung pendedahan media bahawa jumlah pekerja asing yang menganggur di Malaysia kini menjangkau lebih 500,000.
Sementara itu, mengenai dakwaan bahawa Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing tanpa mengambil kira pandangan pihak berkepentingan, Sim berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan.
Mengenai program Kesuma Madani, Sim berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) buat julung kalinya akan mengerahkan 200 sukarelawan Wira Kesuma ke Batu Caves untuk membantu pihak kuil menguruskan logistik ketika berlangsungnya perayaan Thaipusam pada 25 Jan ini.
Selain itu, KSM juga katanya akan membuka reruai di khemah utama program bagi menawarkan maklumat pekerjaan dan mendaftarkan masyarakat India dengan kursus-kursus teknikal yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan.
"Reruai ini diwujudkan dengan kerjasama Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) kerana kita juga mahu ramai suri rumah masyarakat India berdaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Memandangkan sejuta pengunjung dan penganut Hindu dianggarkan datang ketika perayaan itu, maka kita berharap mungkin separuh daripada jumlahnya mendaftar (dengan) SKSSR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong pada sidang media berhubung Program Kesuma Madani bersama Komuniti sempena Hari Thaipusam di Pejabat Pengurusan Batu Caves hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).