PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 yang berakhir sehingga Ogos tahun lepas, kepada Mahkamah Persekutuan.
Keputusan itu disampaikan secara dalam talian oleh panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.
Hakim Abang Iskandar yang membacakan keputusan itu berkata Majlis Peguam tidak memenuhi syarat ambang Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah dan oleh sebab itu permohonan tersebut ditolak.
Pada 18 Mei 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Majlis Peguam untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan di bawah Seksyen 84 Akta Kehakiman kepada Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Bersih 2.0 untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020, yang berakhir sehingga Ogos tahun lepas kepada Mahkamah Persekutuan.
Hakim Mahkamah Tinggi itu sebaliknya berkata beliau sendiri yang akan mendengar dan membuat keputusan mengenai kesemua soalan undang-undang yang dikemukan kedua-dua pihak.
Mahkamah Rayuan pada November tahun lepas menolak rayuan Majlis Peguam. Manakala permohonan oleh Bersih 2.0 ditolak Mahkamah Rayuan pada Oktober 2022. Bersih 2.0 tidak membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.
Majlis Peguam telah mengemukakan 27 persoalan undang-undang mengenai kesahihan pengisytiharan darurat disebabkan pandemik COVID-19, dan Ordinan Darurat negara ketika pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengisytiharan itu, berkuat kuasa dari 21 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021, adalah bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang bermula secara global pada awal 2020.
Bersih 2.0 dan Majlis Peguam menamakan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan sebagai reponden, dan memohon pengisytiharan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan, dan oleh itu terbatal dan tidak sah.
MAHKAMAH-MAJLIS PEGUAM 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili Majlis Peguam ketika dihubungi Bernama berkata berikutan keputusan hari ini Mahkamah Tinggi akan meneruskan untuk mendengar saman pemula Badan Peguam dan Bersih yang difailkan pada 2021.
Beliau juga berkata Mahkamah Tinggi juga telah menetapkan 24 Jun untuk pengurusan kes.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, Majlis Peguam turut diwakili Steven Thiru dan Gregory Das, manakala Timbalan Pengakwa Raya Kanan Rahazlan Affandi Abdul Rahim dan Liew Horng Bin masing-masing mewakili Kerajaan Malaysia dan Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Panel hakim berkata Majlis Peguam tidak memenuhi syarat ambang Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah dan oleh sebab itu permohonan tersebut ditolak. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 November 2024.

Keputusan semakan kehakiman Majlis Peguam cabar pengampunan Najib 11 Nov
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Nov untuk memutuskan semakan kehakiman Majlis Peguam yang mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak.

Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.

Elak peguam rakus, JSJK cadang akaun amanah dikawal peguam dan anak guam
Keperluan akaun amanah dikawal peguam dan anak guam ialah bagi mengelak berlaku pecah amanah oleh peguam.

Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.

Reruai bantuan guaman dibuka di semua premis mahkamah
Reruai bantuan guaman akan dibuka di semua premis mahkamah di Semenanjung Malaysia bulan depan bagi orang awam mendapatkan akses kepada bantuan guaman.

Isu pekerja asing: Sokongan Majlis Peguam bukti pendirian kerajaan tepat - Sim
Sokongan Majlis Peguam terhadap ketegasan kerajaan kepada majikan dan ejen berhubung isu pengambilan pekerja asing menunjukkan bahawa pendirian itu tepat dan wajar.

MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Majlis Peguam saran umur persaraan hakim dinaikkan ke 70 tahun
Majlis Peguam hari ini mencadangkan supaya umur persaraan hakim dinaikkan kepada 70 tahun berbanding had umur 65 tahun sekarang.