KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7 peratus kepada 23,460 tan pada April 2023 daripada 27,188 tan pada Mac 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, pengeluaran getah asli naik tahun ke tahun, meningkat 3.4 peratus daripada 22,695 tan pada April 2022.
"Sektor pekebun kecil menyumbang 87.7 peratus daripada pengeluaran manakala sektor estet menyumbang 12.3 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jumlah stok getah asli berkurangan 4.5 peratus kepada 194,527 tan pada April 2023 daripada 203,757 tan pada bulan sebelumnya.
Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.2 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.7 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 37,728 tan pada April 2023, yang merosot 17.6 peratus daripada 45,789 tan pada Mac 2023.
China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 48.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada April 2023 diikuti Jerman (11.7 peratus), Pakistan (5.6 peratus), Turkiye (3.9 peratus) dan Portugal (3.3 peratus).
"Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM0.8 billion pada April 2023, menurun 32.6 peratus berbanding Mac 2023 (RM1.2 bilion)," katanya.
Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat mencatatkan penurunan iaitu 6.6 peratus (April 2023: 495.00 sen sekilogram; Mac 2023: 530.11 sen sekilogram) manakala sekerap berkurangan 0.7 peratus (April 2023: 465.21 sen sekilogram; Mac 2023: 468.68 sen sekilogram).
Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (SMR) merosot antara 0.1 peratus dan 6.6 peratus. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Jumlah stok getah asli berkurangan 4.5 peratus kepada 194,527 tan pada April 2023 daripada 203,757 tan pada bulan sebelumnya. - Gambar fail/Reuters/Samsul Said

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengeluaran getah asli Malaysia naik 20.1 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 20.1 peratus kepada 25,608 tan pada Mei 2024 daripada 21,325 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus tahun ke tahun pada November 2023 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus kepada 30,669 tan pada November 2023 daripada 28,048 tan yang direkodkan pada November 2022.

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 7.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia berkurangan 7.6 peratus kepada 27,209 tan pada Februari 2023 daripada 29,451 tan yang dicatatkan pada Januari 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 48.9 peratus pada jun 2022 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 48.9 peratus kepada 31,369 tan pada Jun 2022 daripada 21,073 tan yang dicatatkan pada Mei 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengeluaran getah asli susut 39% pada Februari
Perbandingan tahunan turut menunjukkan penurunan 40% daripada 49,840 tan pada Februari 2021.