KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus kepada 30,669 tan pada November 2023 daripada 28,048 tan yang direkodkan pada November 2022, disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran getah asli negara pada November 2023 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 85.3 peratus berbanding sektor estet pada 14.7 peratus.
"Berasaskan bulanan, pengeluaran getah asli turun 6.9 peratus kepada 30,669 tan pada November 2023 daripada 32,944 tan pada Oktober 2023," katanya dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia November 2023 yang dikeluarkan pada Jumaat.
Beliau berkata jumlah stok getah asli pada November 2023 meningkat 13.2 peratus kepada 172,335 tan daripada 152,196 tan pada Oktober 2023.
Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 89.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (10.1 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), katanya.
DOSM menjelaskan menurut Malaysia Rubber Board Digest pada November 2023, pasaran getah Kuala Lumpur menunjukkan trend bercampur-campur.
Secara keseluruhannya, sentimen positif disumbangkan oleh langkah rangsangan yang diumumkan oleh China dan sasaran ekonomi positif bagi 2024 walaupun kekurangan bekalan getah asli oleh pengeluar utama terutamanya oleh Thailand, tambahnya.
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 51,437 tan pada November 2023, turun 8.9 peratus daripada 56,460 tan pada Oktober 2023.
China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada November 2023 diikuti Jerman (8.9 peratus), Iran (5.7 peratus), Amerika Syarikat (4.0 peratus) dan Pakistan (2.8 peratus, menurut perangkaan.
Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.01 bilion pada November 2023, meningkat 1.0 peratus daripada RM1.0 bilion pada Oktober 2023," menurut DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus kepada 30,669 tan pada November 2023 daripada 28,048 tan yang direkodkan pada November 2022, disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil. - Gambar hiasan/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

Kes pembuangan kerja catat peratus tertinggi diselesai di MPM dari 2019-2023 - DOSM
Sebanyak 86.94 peratus kes pembuangan kerja telah diselesaikan di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) bagi tempoh lima tahun sejak 2019.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.

Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.