KUANTAN: Seorang pengarah syarikat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB), membabitkan jumlah RM7.38 juta, tiga tahun lepas.
Teh Teng Cheng, 52, yang beralamat di Puchong, Selangor didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Jun 2019 di pejabat ASSB di MCKIP, Gebeng di sini dengan mengemukakan Manual Perubahan Akaun Penerimaan Pembayaran Projek, yang mendorong ASSB membuat bayaran RM7.38 juta kepada Sureland Industrial Fire Safety (M) Sdn Bhd, yang tidak akan dilakukan jika tidak diperdayakan.
Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abiddin menawarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin warga Malaysia.
Bagaimanapun, peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan merayu jumlah itu dikurangkan, atas alasan isteri tertuduh selaku penjamin hanya berkemampuan membayar RM30,000, dengan anak guamnya bersedia dikenakan syarat tambahan daripada mahkamah.
"Syarikat tertuduh kini dalam proses penggulungan dan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap sejak dua tahun lepas. Isteri tertuduh merupakan seorang peniaga namun perniagaannya juga terjejas akibat pandemik COVID-19, menyebabkan mereka tidak dapat mengumpulkan wang yang banyak.
"Tertuduh juga menghidap 'sleep apnea' dan memerlukan bantuan mesin pernafasan setiap malam. Selain itu, tertuduh turut menanggung tiga anak berusia antara lapan hingga 19 tahun serta seorang ibu berusia 74 tahun," katanya.
Mohd Shahrullah Khan juga memaklumkan sejak ditangkap pada 15 Nov 2021, tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya, termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan, menunjukkan dia tidak berisiko melarikan diri.
Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM750,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia, bersama syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Jun ini bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
![Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653895476_PengarahsyarikatT.jpg)
Teh Teng Cheng (kiri)dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menipu pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB). - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722490754_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan serta denda sebanyak RM687,500 terhadap Amran Mohd Amin atas tiga pelanggaran undang-undang sekuriti.
![Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714083623_TranQuiThanh.jpg)
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
![Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653895476_PengarahsyarikatT.jpg)
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta
Dia dutuduh menipu pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB).