HO CHI MINH CITY: Taikun minuman ringan Vietnam telah dipenjarakan selama lapan tahun pada hari Khamis dalam kes penipuan AS$40 juta (RM191 juta) menjadikannya tokoh perniagaan berprofil tinggi terbaharu yang diambil tindakan dalam usaha membanteras rasuah yang menyeluruh di negara itu.
Kempen meluas negara komunis untuk menghapuskan rasuah endemik telah menyaksikan lebih 4,400 orang didakwa atas kesalahan jenayah, termasuk pegawai dan tokoh perniagaan kanan.
Mahkamah di Ho Chi Minh City mendapati Tran Qui Thanh dan dua anak perempuannya bersalah kerana menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan antara 2019 dan 2020.
Pengerusi kumpulan minuman Tan Hiep Phat, Thanh, 71 didapati mendalangi penipuan terhadap aset bersesuaian yang diletakkan sebagai cagaran terhadap pinjaman, lapor media kerajaan.
Walaupun peminjam membayar balik wang itu dengan faedah, Thanh enggan memulangkan semula aset itu dengan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa peminjam kehilangan hak pembelian semula atas pelanggaran kontrak.
Dalam sabitan kes sama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada anak perempuan Thanh, Tran Uyen Phuong, 43 yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.
Sementara itu, anak bongsu Thanh, Tran Ngoc Bich, 40, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun yang ditangguhkan.
Tan Hiep Phat merupakan salah sebuah syarikat minuman terbesar di Vietnam, yang terkenal dengan rangkaian teh botol dan minuman tenaga.
Sebelum menjalani hukumannya, Thanh berkata kepada mahkamah, dia kesal dengan apa yang berlaku dan bersedia bertanggungjawab.
"Saya ingin diberi kelonggaran serta peluang kembali kepada masyarakat tidak lama lagi untuk berbakti dan pengabdian saya yang berterusan," katanya.
Hakim Huynh Van Truc, yang membacakan keputusan di mahkamah hari ini, berkata jenayah defendan 'menimbulkan bahaya kepada masyarakat'.
"Defendan amat sedar tingkah lakunya akan dihukum dari segi undang-undang tetapi mereka tetap sengaja melakukan jenayah itu," katanya.
Beberapa pemimpin perniagaan Vietnam yang paling berjaya dihadapkan dengan sabitan rasuah 'relau api' negara itu.
Tindakan pembersihan rasuah dilakukan oleh Setiausaha Agung Parti Komunis yang berkuasa, Nguyen Phu Trong dan lebih 1,700 kes didakwa sejak 2021.
Dalam salah satu kes penipuan terbesar dalam sejarah, seorang hartawan, Truong My Lan dijatuhi hukuman mati awal bulan ini kerana mendalangi penipuan yang menyebabkan kerugian dianggarkan AS$27 bilion atau RM129.15 bilion.
Turut disabitkan bersama My Lan ialah 85 yang lain, termasuk pegawai kanan perbankan, dengan mereka dijatuhkan hukuman atas pelbagai tuduhan termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa kepada peruntukan dan pelanggaran undang-undang perbankan.
Bulan lalu, mahkamah Hanoi menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada hartawan hartanah mewah, Do Anh Dung kerana menipu beribu-ribu pelabur dalam penipuan bon AS$355 juta (RM1.69 bilion).
Media kerajaan melaporkan Anh Dung dan anaknya yang dipenjarakan selama tiga tahun sudah membayar balik AS$355 juta itu. - AFP
Agensi
Thu Apr 25 2024

Mahkamah di Ho Chi Minh City mendapati Tran Qui Thanh (dua dari kanan) dan dua anak perempuannya bersalah kerana menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan antara 2019 dan 2020.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.