JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat kontraktor pembinaan dan penyelenggaraan didenda RM23,000 serta dikenakan penalti RM1.28 juta oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tiga tahun taksiran berturut-turut.
Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusof Ahmad, 38, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara enam dan empat bulan bagi pertuduhan pertama dan kedua jika gagal membayar denda itu.
Yusof didenda RM15,000 dan penalti RM1.28 juta dibayar secara ansuran selama 12 bulan bermula hari ini bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua dia didenda RM8,000.
Mengikut pertuduhan pertama, Yusof selaku orang kena saman (OKS) dikehendaki di bawah Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2019 hingga 2020 mengenai pendapatan syarikat kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Yusof didakwa gagal mengemukakan penyata itu yang mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM1.22 juta yang boleh dikenakan cukai RM293,126.40 bagi tahun taksiran 2019 dan RM562,364 yang boleh dikenakan cukai RM134,967.36 bagi tahun taksiran 2020.
Pendakwaan mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan, jika didapati bersalah.
Bagi pertuduhan kedua, Yusof didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2021 mengenai pendapatan syarikat kepada Ketua Pengarah LHDN dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh penutupan akaun iaitu pada atau sebelum 31 Julai 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa LHDN Mazlan Alias memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana OKS adalah pesalah cukai tegar supaya dapat memberi pengajaran kepadanya untuk tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.
"Ia juga sebagai memberi mesej jelas kepada masyarakat khususnya kepada pembayar cukai yang culas dalam menjalankan tanggungjawab dan supaya berlaku adil kepada pembayar cukai yang patuh," kata Mazlan.
Bagaimanapun, Yusof yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman penjara sebaliknya hukuman denda yang rendah dan berjanji akan menjelaskan bayaran cukai tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
![Pengarah syarikat gagal kemuka penyata pendapatan didenda, dikenakan penalti RM1.28 juta Pengarah syarikat gagal kemuka penyata pendapatan didenda, dikenakan penalti RM1.28 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697536491_YusofAhmad.jpg)
Yusof Ahmad, 38, didenda RM23,000 selain dikenakan penalti RM1.28 juta oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2019 hingga 2021. - Foto BERNAMA
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251028_HandcuffGari.jpg)
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
![Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737024352_TBsprm.jpg)
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
![Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736057551_SSM.jpg)
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.
![Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa pecah amanah RM195,401 Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa pecah amanah RM195,401](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735537345_JohnLeeSiewNeng.jpg)
Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa pecah amanah RM195,401
Lee mengeluarkan wang syarikat itu RM195,401 di premis berkenaan di Taman Perindustrian Kip, Sentul di sini antara 24 Feb dan 25 Ogos 2022.
![Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan' Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan'
Seorang pengarah syarikat pemborong alat tulis kerugian RM98,550 apabila diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil 'pejabat pendidikan'.
![LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.
![Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’ Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726485136_scmageneric.jpg)
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
![Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728637606_tbperniagaantanpap.jpg)
Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menubuhkan perniagaan tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat bagi manfaat sendiri.
![635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP 635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707109587_KWSPLogo.jpg)
635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
![Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720165108_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung.