KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh seorang lelaki berumur 31 tahun pada 13 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mazlan Mat Noh, 47, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minumum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Dis depan untuk sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).
Pada 13 Julai lepas, Abdul Hayyiy yang berumur lingkungan 30-an ditemui maut oleh orang awam di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas dipercayai akibat ditikam di belakang badan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Penganggur didakwa bunuh lelaki di perhentian bas
Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Lelaki maut ditikam di perhentian bas
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku di sini meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah disyaki akibat ditikam.

Mayat lelaki ditemukan terbaring di perhentian bas
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di mata kanan dan calar ditemui pada kaki mangsa.

Buang bayi: Polis tahan pasangan kekasih
Kedua-dua mereka berusia 20 tahun yang bekerja sebagai jurujual ditahan di lokasi berasingan di Sungai Buloh dan Ijok.

Mayat bayi dibuang di perhentian bas
Mayat bayi lelaki tanpa pakaian yang berusia tidak sampai seminggu ditemui dalam sebuah beg plastik disyaki dibuang di perhentian bas.

Bayi cukup sifat ditinggalkan di perhentian bas
Seorang pembantu kedai kopi yang dalam perjalanan pulang dari kerja terkejut apabila mendengar tangisan dari dalam sebuah kotak di perhentian bas.

Wanita Indonesia buat laporan polis dipukul kerana tidak bertudung
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa menunggu bas ke Bukit Mertajam untuk berjumpa rakannya sebelum tiba-tiba seorang lelaki dipercayai kurang siuman menghampirinya.

Pengurup wang wanita, pekerja ditembak di Kajang
Seorang pengurup wang wanita bersama pekerjanya cedera selepas ditembak di hadapan sebuah perhentian bas di Bandar Teknologi Kajang, malam tadi.