Seorang wanita warga Indonesia hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menolak kepalanya kerana tidak memakai tudung semasa menunggu bas di perhentian bas Taman Perwira.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 6 Jan lepas itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Perai sedang menunggu bas bersama kakaknya.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa menunggu bas ke Bukit Mertajam untuk berjumpa rakannya sebelum tiba-tiba seorang lelaki dipercayai kurang siuman menghampirinya.
"Lelaki yang dalam keadaan tiada terurus itu bertanyakan kepada mangsa mahu ke mana dan wanita berkenaan memberitahu dia mahu berjumpa kawan serta berjalan-jalan di bandar," katanya di sini hari ini.
Katanya lelaki itu tiba-tiba marah kepada mangsa kerana tidak memakai tudung dan berkata dia pantang serta tidak suka melihat wanita tidak bertudung atau menutup aurat.
Nik Ros Azhan berkata mangsa mendiamkan diri namun lelaki itu bertindak menolak kepala wanita berkenaan dengan menggunakan tangannya sebelum kakak mangsa menghalang suspek daripada terus memukul adiknya.
Katanya lelaki itu kemudiannya meninggalkan mereka manakala mangsa yang tidak mengalami kecederaan terus pulang ke rumahnya serta tidak mendapatkan rawatan di mana-mana klinik.
"Mangsa hari ini tampil membuat laporan polis kerana bimbang kejadian sama berulang pada masa hadapan dan insiden tersebut turut menjadi tular di media sosial sejak minggu lepas selepas rakaman video berhubung kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook," katanya.
Beliau berkata polis telah mengenal pasti lelaki berusia 30 tahun yang terlibat dalam kejadian itu dan pihaknya juga pergi ke rumah didiami suspek namun dia tiada di rumah kerana keluar merayau.
"Menurut bapa saudara lelaki itu, suspek kurang siuman sejak 15 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya dan kami akan terus mengesannya serta menghantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Nik Ros Azhan berkata, polis telah mengenal pasti lelaki yang terlibat dalam kejadian itu dan pergi ke rumah didiami suspek namun dia tiada di rumah kerana keluar merayau. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.