Polis meminta penduduk daerah ini yang kehilangan keluarga atau mana-mana pihak ladang kehilangan pekerja, supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran susulan penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Labuk.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata setakat ini tiada mana-mana pihak atau waris menuntut mayat yang ditemui hanyut tersebut pada Isnin.
Menurutnya, sehingga kini tiada waris yang hadir menuntut mayat lelaki terbabit.
“Perkara ini menyebabkan pihak kami belum dapat melakukan proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki berkenaan.
“Tidak ada banyak tanda atau ciri pada mayat terapung itu namun ketika ditemui lelaki itu hanya berseluar gelap dan memakai stoking panjang.
“Justeru, kami meminta mana-mana waris atau penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membuat laporan.
“Begitu juga kepada pihak ladang sekiranya ada yang kehilangan pekerja. Sila hadir bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Terdahulu, pada Ahad, mayat lelaki terapung di Sungai Labuk berdekatan Kampung Bambangan kira-kira jam 6 petang.
Mayat berkenaan kemudiannya berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 11 pagi di kawasan Sungai Sapi.
Pemeriksaan awal mendapati, keadaan mayat tidak sempurna dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.
Radhi Muslim
Wed Dec 04 2019

Tidak ada banyak tanda atau ciri pada mayat terapung itu namun ketika ditemui lelaki itu hanya berseluar gelap dan memakai stoking panjang. - PDRM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran
Kejadian melibatkan seorang lelaki warga Indonesia serta dua wanita warga Filipina maut di tempat kejadian.

Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung
Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan, dekat Beluran.

Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.
![[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran [RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656758188_enteriPertaniandan.jpg)
[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.

Dua maut treler bertembung
Mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee
Tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran merupakan hak Ronald.

PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.

KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan
Ia melibatkan minyak masak dan diesel bersubsidi, dipercayai akan dijual ke negara jiran.

Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran
Seorang kanak-kanak lengkap berbaju sekolah terjatuh selepas jambatan kayu usang runtuh di Kampung Miadan, dekat Paitan Beluran.