MELAKA: Pendedahan yang jelas tentang pengurusan dana masjid dalam kalangan ahli jawatankuasa institusi itu penting dalam usaha memastikan tidak berlaku ketirisan atau penyelewengan sehingga menjejaskan kepercayaan awam serta kredibiliti masjid sebagai satu daripada platform penyaluran dana.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor berkata justeru, pihaknya akan memperluaskan penganjuran Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai khususnya ahli jawatankuasa masjid terhadap pengurusan dana.
Beliau berkata secara umumnya kebanyakan kes penyelewengan adalah merupakan jenayah pecah amanah dan merupakan satu kesalahan yang amat serius serta memberi impak yang besar kepada masyarakat sekiranya ia tidak diperangi di peringkat awal.
"Kita banyak menerima rungutan dan aduan daripada masyarakat yang melahirkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan mereka terhadap pengurusan dana masjid dan perkara inilah yang perlu kita elakkan.
"Menerusi Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah, kita akan beri penerangan dan penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid tentang kesalahan rasuah dan aspek pencegahan rasuah lain yang perlu diberi penekanan dalam menguruskan dana masjid," katanya kepada pemberita selepas Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di Surau Al-Mughni di Kampung Tersusun, Bukit Larang di sini hari ini.
Program anjuran SPRM dengan kerjsama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Surau Al-Mughni itu turut dihadiri Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat.
Razim berkata menerusi program kesedaran itu juga, ahli jawatankuasa masjid dapat memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) dalam aspek pengurusan dana masjid yang didapati longgar dan seterusnya menyebabkan berlakunya salah guna kuasa serta ketirisan dana orang ramai.
"Sebagai contoh ialah pelaksanaan sesuatu projek yang menggunakan dana masjid perlu mengikut prosedur dan proses yang telus kerana kita tidak mahu projek-projek ini hanya akan diperoleh dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid itu sendiri.
"Perkara ini akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat atau ahli kariah sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan pada ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan dibimbangi mereka menjauhkan diri daripada institusi agama tersebut," katanya.
Mengulas tentang Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah, beliau berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama agensi agama dan masjid atau surau di seluruh negara, namun tidak menetapkan sasaran khusus tetapi bersedia melaksanakannya pada sebarang masa mengikut kesediaan daripada rakan strategik SPRM yang lain.
Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Mughni Mohd Noor Siden berkata Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah merupakan satu pendekatan yang sangat baik khususnya dalam pengurusan dana masjid sekali gus mengingatkan ahli jawatankuasa masjid agar telus dan berhati-hati dalam membelanjakan dana yang diperoleh.
"Selalunya bila kita dengar SPRM, kita hanya ingat tangkap orang yang guna kuasa, rasuah...tetapi kali ini mereka turun padang bersama masyarakat untuk memberi ilmu atau pendidikan berkaitan kesalahan rasuah dan akta berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Razim berkata, SPRM akan memperluaskan penganjuran Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di seluruh negara. - Gambar/ Bernama
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.