KUCHING:Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata, perkara itu dilihat akibat kesan pandemik COVID-19.
Menurutnya, Sarawak hanya menjana RM 2.78 bilion setakat September 2020 berbanding RM 8.67 bilion tahun sebelumnya.
“Nilai resit pelancongan kita sehingga kini adalah RM 2.78 bilion, Januari hingga September tahun ini. Tahun lalu lebih tinggi tetapi sasaran kami untuk tahun ini ialah RM 3.56 bilion," ujar Sharzede ketika diwawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.
Selari dengan itu, jumlah pelawat memasuki negeri itu juga telah menurun sebanyak 65 peratus iaitu sebanyak 1.15 juta setakat september 2020.
Jelas Sharzede, biarpun STB telah mengubah strategi dan sasaran pelawat kepada 1.4 juta, trend peningkatan kes COVID-19 seluruh negara pada waktu ini menyukarkannya untuk dicapai.
Tambahnya lagi, kaedah perniagaan dan pemasaran pemain industri yang tidak mengadaptasi keadaan semasa juga menjadi punca penurunan itu.
Justeru ujar beliau, bagi mengatasi masa yang mencabar ini, pemain industri perlu menerima norma baharu dan menyesuaikan perniagaan mereka dengan trend pasaran.
“Saya fikir kita harus berani berdepan fakta yang kita mesti berubah sama ada suka atau tidak. Kita harus mengubah cara menjalankan perniagaan. Ubah cara kita melihat perkara.
“Dan sekiranya anda memilih pasaran khusus yang anda mahukan dengan harga yang tinggi maka anda mesti memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah itu. Orang ramai sangat celik, sangat sensitif terhadap harga sekarang terutama pada masa sukar ini,” katanya.
Fadilah Sulaiman
Fri Oct 16 2020
Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan
Enam kiosk digital Sentuhan Madani dilancarkan di Pusat Beli-belah Alamanda menawarkan akses mudah kepada orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.
Bekas eksekutif kanan perakaunan dan pentadbiran didakwa pecah amanah lebih RM100,000
Seorang bekas eksekutif kanan perakaunan dan pentadbiran di sebuah syarikat korporat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM1
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen TMM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.
Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran di selatan California
Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.
Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.
Bekas pengurus besar PPNT gagal rayuan ketepikan sabitan guna resit palsu
Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan mengemukakan resit palsu.
STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan rakan-rakan dagangnya berjaya meraih 52 potensi bisnes baharu yang bakal direalisasi tahun ini.
Bajet 2023 mampu anjak inisiatif pelancongan Sarawak ke hadapan
Inisiatif "Sia Sitok" yang dilaksanakan secara berterusan oleh STB, bakal menikmati anjakan ke hadapan berikutan galakan Keluarga Malaysia untuk melancong ke destinasi pilihan dalam negara.
RWMF 2022: Gerai, bengkel, persembahan artis... Apa lagi yang menarik sepanjang festival?
Ada bermacam-macam gerai jualan, acara serta aktiviti menanti pengunjung sepanjang RWMF 2022!
Kampung Telaga Air syurga makanan laut dan destinasi ekopelancongan
Kampung Telaga Air yang dikatakan telah wujud lebih 200 tahun lalu kekal mendapat sambutan pengunjung walaupun pada hari bekerja.
Sarawak sedia jadi destinasi gelembung pelancongan selepas Langkawi
Sarawak bersedia dan berharap menjadi destinasi pelancongan pilihan menerusi inisiatif gelembung pelancongan selepas Langkawi.
Pendapatan pelancongan Sarawak turun 68 peratus
Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Lambang ikonik pelancongan Sarawak, Tusan Cliff runtuh
Kini tinggal kenangan...
Isu cukai pelancongan: Tak perlulah dipanjangkan, kata Abdul Karim
Beberapa portal media melaporkan Nazri menyelar kenyataan Abdul Karim minggu lepas yang menggesa kerajaan supaya menangguh pelaksaaan cukai pelancongan di Sabah dan Sarawak.