KUALA LUMPUR : Jenama Sarawak diperkukuhkan lagi di pasaran Eropah sebagai destinasi unik, baharu dan eksotik menerusi penyertaannya di ITB Berlin yang berlangsung dari 7 sehingga 9 Mac 2023.
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan rakan-rakan dagangnya berjaya meraih 52 potensi bisnes baharu yang bakal direalisasi tahun ini.
Menurut STB dalam kenyataan pada Jumaat, jangkaan jumlah jualan daripada ITB Berlin 2023 dianggarkan bernilai RM10.5 juta untuk 2023 dan bakal menghasilkan pertumbuhan 20 peratus dari segi jualan daripada pasaran Eropah.
STB turut menyediakan pavilion tersendiri bagi mengetengahkan serta mengukuhkan jenama Sarawak dalam pasaran Eropah, sebagai destinasi ekopelancongan yang terkemuka serta destinasi pilihan di rantau Asean.
"Salah satu agenda penting bagi Sarawak di ITB Berlin ialah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara STB dan Tischler Reisen AG bagi mewujudkan usahasama dalam meningkatkan visibiliti Sarawak sebagai destinasi pilihan dalam kalangan rakyat Jerman dan sekitar Eropah.
"Usahasama promosi pemasaran luar talian dan atas talian ini bakal melibatkan kira-kira 600 agensi terbaik di Jerman," kata STB.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Pavilion Sarawak mencerminkan kesungguhan negeri itu untuk memacu pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada Sarawak.
Tambah beliau, tahun ini, Sarawak menyasarkan kedatangan tiga juta pengunjung memandangkan pelancongan antarabangsa terus pulih daripada pandemik COVID-19.
"Ini merupakan satu pencapaian yang optimistik bagi Sarawak, dengan pertumbuhan lebih 800 peratus dari aspek pendapatan pelancongan pada tahun 2022, yang mencatatkan hampir RM4 bilion, berbanding RM500 juta bagi tahun 2021.
“Festival memainkan peranan penting kepada industri pelancongan Sarawak untuk terus mengukuhkan imejnya sebagai destinasi budaya.
"Salah satu festival utama Sarawak adalah Rainforest World Music Festival (RWMF) yang amat dikenali di peringkat antarabangsa.
"Festival ini akan berlangsung pada 23 hingga 25 Jun tahun ini. Kami amat prihatin bahawa festival mempunyai ‘carbon footprint’ yang agak tinggi dan sisa yang biasanya dihasilkan daripada acara besar sebegini akan mempunyai impak kepada alam sekitar.
"Oleh itu, Sarawak telah mengambil langkah proaktif agar RWMF sentiasa dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan memastikan aspek kemampanan dan mesra alam menjadi keutamaan dalam pelaksanaannya,” ujar beliau.
Nickyson Nyambar
Fri Mar 10 2023
![STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678448162_TourismMalaysiaCor.jpg)
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mengunjurkan potensi bisnes baharu di ITB Berlin bakal menghasilkan pertumbuhan 20 peratus dari segi jualan daripada pasaran Eropah. - Gambar STB
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan' EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720320065_SpainsDaniCarvaja.jpg)
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
![Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720321132_MajlisSambutanMaal.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Penduduk Gaza diserang penyakit berjangkit dan kutu
Penduduk yang berlindung di kem pelarian Deir Al-Balah berkata bahawa penyakit berjangkit dan kutu sedang merebak secara meluas disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan bahan kebersihan diri.
![334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta 334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720318919_ZaharuddinAlias.jpg)
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
![STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678448162_TourismMalaysiaCor.jpg)
STB berjaya raih 52 potensi niaga baharu di ITB Berlin
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan rakan-rakan dagangnya berjaya meraih 52 potensi bisnes baharu yang bakal direalisasi tahun ini.
![Hebat di udara dan di darat, Malaysia Airlines rangkul gelaran berprestij ini Hebat di udara dan di darat, Malaysia Airlines rangkul gelaran berprestij ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476186049_MalaysiaAirlines.jpg)
Hebat di udara dan di darat, Malaysia Airlines rangkul gelaran berprestij ini
Malaysia Airlines meraih anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia bersempena anugerah pelancongan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019.