IPOH: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, di sini, pada Ahad, memberi tumpuan kepada kemungkinan petunjuk lain seperti hurungan lalat dan bau.
Timbalan Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata, operasi yang memasuki hari ketiga itu lebih meneliti kepada kawasan pencarian yang melibatkan laluan sejauh 1 kilometer (km) di kawasan kejadian.
“Gerak kerja hari ini lebih kepada memerlukan peralatan seperti cangkul dan skop. Ini kerana kita mengesyaki mangsa yang terlibat berada di bawah lumpur dan juga timbunan kayu yang dibawa kepala air.
“Ini juga berdasarkan kepada pemerhatian pasukan keselamatan yang menjumpai anggota badan mangsa yang berada di bawah lumpur dan timbunan kayu.
“Di samping itu, kita juga melihat kepada kemungkinan petunjuk lain seperti hurungan lalat atau langau. Mungkin lalat atau langau itu akan tertumpu juga kepada bau itu (mangsa),” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Pos Atap Baru di sini, hari ini.
Ujar beliau, operasi pada hari ini dimulakan pada jam 9 pagi membabitkan dua kumpulan seramai 63 anggota daripada pelbagai pasukan dan agensi.
Antara terlibat selain JBPM ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Jabatan Perhutanan Negeri, Unit Anjing Pengesan (K9) serta dibantu sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) dari Selangor.
“Operasi SAR hari ini masih dipecahkan kepada dua pasukan, cuma memandangkan laluan di atas itu agar sukar, jadi kita lebih fokus kepada bahagian bawah terlebih dahulu.
"Satu pasukan akan difokuskan kepada pencarian betul-betul di laluan kepala air di bawah dan satu lagi terus menjurus kepada lokasi penemuan yang mana kita jumpa sebahagian anggota mangsa semalam,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Umrani memberitahu, setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.
Semalam media melaporkan operasi SAR dua pendaki wanita itu terpaksa ditangguhkan pada jam 5 petang ekoran cuaca hujan lebat.
Penolong Pengarah Operasi, JBPM Negeri, Muhamad Shahrizal Aris dilaporkan berkata, hujan lebat sejak tengah hari memberi risiko terhadap keselamatan pasukan penyelamat.
Terdahulu, pasukan penyelamat menemui anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita berkenaan.
Bahagian kaki kiri itu ditemui kira-kira jam 5.05 petang pada Ahad manakala separuh badan bahagian manusia dijumpai dalam timbunan tanah kira-kira jam 10.20 pagi Isnin.
Media sebelum ini melaporkan dua wanita dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 27 pendaki lain di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad, dikhuatiri dihanyutkan kepala air.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun, masing-masing dari Cheras dan Klang.
Amirrul Rabbani
Tue May 17 2022
UMRANI: Gerak kerja hari ini lebih kepada memerlukan peralatan seperti cangkul dan skop. - Foto Astro AWANI
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Mayat seorang pendaki Gunung Suku diserah pada waris - Ketua Polis Perak
Mayat salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai, telah diserahkan kepada warisnya.
Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.
Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
Pendaki Gunung Suku hilang: Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Pasukan penyelamat temukan cebisan kain
Bagaimanapun pasukan SAR berkenaan masih belum dapat mengesahkan sama ada cebisan pakaian itu adalah milik mangsa atau sebaliknya.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR cari petunjuk baru, hurungan lalat, bau
Operasi lebih meneliti kepada kawasan pencarian yang melibatkan laluan sejauh 1km di kawasan kejadian.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.
Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.
Fenomena kepala air: Tiada lesen pembalakan dikeluarkan sekitar Gunung Suku
Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
Anggota badan itu dijumpai dalam jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum hilang.