Bukan setakat cedera dibelasah, mulut dua suspek itu juga disumbat dengan najis lembu.
Dalam video yang tersebar di Facebook dan Youtube, dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu dilihat terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.
Pengguna media sosial nyata tidak boleh menerima tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sudah melampaui batas.
Sebahagian reaksi di laman sosial.
Biarpun sudah melakukan kesalahan, adalah tidak wajar mengambil tindakan sebegitu dan penduduk kampung sepatutnya menyerahkan penjenayah berkenaan kepada pihak berkuasa.
Dalam kejadian Selasa lalu itu, kereta Proton Persona milik dua lelaki itu turut musnah dibakar penduduk kampung.