Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan mampu meningkatkan jumlah serta produktiviti wanita dalam pasaran kerja sehingga 30 peratus, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Beliau berkata langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyediakan fasiliti bagi ibu bekerja yang gusar untuk meninggalkan anak mereka dalam jagaan pengasuh dan khuatir dengan risiko keselamatan anak mereka.
"Peruntukan RM10 juta bagi menambah 50 taska yang diumumkan pada Belanjawan 2019 itu adalah usaha terbaik untuk membantu mereka (wanita bekerjaya) lebih dekat dengan anak serta berupaya memantau anak-anak mereka secara lebih kerap.
"Ini penting kerana kita tidak mahu prestasi golongan wanita yang berpotensi dalam pasaran kerja ini terjejas kerana bimbangkan keselamatan anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau mengulas pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyediakan peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 Taska bagi meringankan bebanan ibu bekerja, di samping terus menggalakkan dan memberi insentif kepada sektor swasta untuk tujuan sama.
Kadar semasa penyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya berada pada paras 53.5 peratus bagi 2017 berbanding 77.7 peratus bagi lelaki. Daripada jumlah yang tidak bekerja, 60 peratus atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah sebab utama mereka tidak menyertai pasaran kerja.
Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin berkata ia merupakan bantuan terbaik kepada pekerja wanita dalam sektor awam.
"Selain taska, kerajaan perlu juga melihat gaji minimum yang sekarang membantutkan pengoperasian taska swasta terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
"Insentif juga perlu diberikan kepada usaha baharu dan inovatif seperti 'childminder on demand' yang menerokai model perniagaan baharu yang menggunakan teknologi canggih," katanya.
Bagi Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (Wadi) Sukmamurni Abdul Manaf berkata pihaknya turut menyambut baik hasrat kerajaan yang secara komprehensif meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja.
"Bagaimanapun, kita harap, ia bukan setakat menambah taska tetapi perlu seiring dengan penawaran perkhidmatan yang terbaik serta yuran berpatutan terutama bagi taska di bangunan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Belanjawan 2019 menyediakan peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 Taska bagi meringankan bebanan ibu bekerja. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?