KUALA LUMPUR: Para pemimpin negeri pada Sabtu mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini yang meraikannya hari ini.
Di MELAKA Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam perutusan Aidiladhanya berkata kisah dan sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S menjadi iktibar yang perlu sentiasa dihayati seluruh umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian
"Saya yakin, dengan menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, ia akan melahirkan rasa tawaduk dan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah," katanya dalam satu rakaman video yang dipaparkan menerusi Facebook rasminya.
Di PAHANG, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya mengajak umat Islam untuk berbuat kebajikan dan menghidupkan malam Aidiladha dengan ibadah selain turut mendoakan kesejahteraan jemaah haji di Mekah.
Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan mereka yang terpilih menjadi duyufurrahman (tetamu Allah) sebagai sangat bertuah kerana dikurniakan rezeki untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.
"Dengan rendah hati, saya mohon (jemaah haji) untuk selitkan juga doa buat kesejahteraan negara kita," katanya dalam Perutusan Aidiladha di sini, semalam.
Di SELANGOR, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya @AmirudinShari mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
"Aidiladha tahun ini sungguh bermakna dengan pelaksanaan ibadah haji dan korban yang cukup meriah. Semoga kita mengambil iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S," katanya.
Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mendoakan keselamatan orang ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.
"Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua muslimin dan muslimat di seluruh Negeri Sembilan. Sambutan Aidiladha pada tahun ini sudah pastinya lebih meriah berbanding tahun sebelum ini terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda," katanya menerusi catatan di laman Facebooknya pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
![Pemimpin negeri ucap selamat menyambut Aidiladha Pemimpin negeri ucap selamat menyambut Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657184543_Haji.jpg)
Para pemimpin negeri pada Sabtu mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini yang meraikannya hari ini. -Gambar fail/Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718940926_lelakilanggar.jpg)
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
![JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024 JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718936766_AhmadKamarunzamanM.jpg)
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
![Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880101_tbMohamadSabu.jpg)
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
![Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718773918_southernGaza.jpg)
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
![Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718709568_Lelakimautrempuhl.jpg)
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
![Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630290_tbPakistan.jpg)
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
![Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718610585_Lembuterlepas.jpg)
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.