Seorang pembuat batik berusia 21 tahun dan rakannya berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini di atas dituduh merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun di Ketereh, 20 Mei lalu.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus pada Khamis.
Mereka didakwa melakukan kesalahan rogol itu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di antara jam 7.30 dan 11 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebatan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Hilwani Mat Rifin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas mereka.
Mohd Yusoff kemudian menetapkan 17 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.
Media sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu.
Sehingga kini, enam suspek sudah dihadapkan ke mahkamah manakala suspek selebihnya masih lagi di buru polis.
Astro Awani
Thu Aug 28 2014
Kedua-dua tertuduh diiringi pihak polis di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat GISB, Al-Arqam - Mohamed Fadzli
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd atau Al-Arqam, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISB di Kelantan
Polis Kelantan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings di Gong Kulim pada Selasa.
Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan dibuka pada Oktober
Tanah perkuburan Islam Raudhatus Saadah yang terancang dan pertama seumpamanya di Kelantan akan dibuka pada 1 Okt ini.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.
Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan karkas babi bernilai RM204,800 selepas menahan seorang pemandu lori di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sini hari ini.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
SUKMA 2024: Kelantan lakar sejarah rangkul pingat emas kriket lelaki
Kelantan di bawah bimbingan Ahmad Zahid Adnan tetap unggul ketika mengesahkan kejayaan manis berkenaan selepas mengetepikan cabaran Sarawak dengan kelebihan 25 larian.
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kelantan optimis capai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini
Sejak Januari hingga 30 Jun lepas, Kelantan dianggarkan menerima seramai 1.5 juta pengunjung.