Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 8.49 malam dan seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi.
"Bomba tiba jam 8.57 malam dan mendapati terdapat tiga orang pekerja iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar di kren pengangkat itu.
"Difahamkan mereka merupakan subkontraktor bagi kerja pemasangan papan tanda kedai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.
Sehubungan itu, Sabarodzi berkata, ketua operasi mengarahkan anggota menggunakan pemasangan staging (pelantar) dan membawa mangsa turun dengan selamat.
Katanya lagi, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi yang diketuai PBK II Mohd Fakhrurazi Johari itu tamat jam 9.48 malam.