Cadangan membina pagar keselamatan sepanjang 656km di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Perlis hingga Kelantan masih di peringkat kajian, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Keselamatan KDN, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pembinaan pagar keselamatan yang bertujuan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik sahaja kajian tersebut selesai.
"Pembinaan pagar keselamatan itu tidak ditangguhkan tetapi masih di peringkat kajian. Kita masih menunggu keputusan hasil kajian yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kekangan utama sekarang adalah melibatkan bentuk muka bumi dan kewangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Program 1 Aman Week: Bersama Mencegah Jenayah Peringkat Kontinjen Kelantan 2016 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
Mustafa berkata mengikut perancangan awal, pembinaan fasa pertama pagar keselamatan itu akan dilaksanakan di Perlis dan akan diikuti Kedah, Perak dan Kelantan.
Sempadan Malaysia-Thailand dianggarkan sepanjang 656km namun hanya 111km sahaja yang berpagar.
Bernama
Thu May 26 2016
![Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464280093_DSMustafaIbrahim.jpg)
Mustafa Ibrahim (dua, kiri) merasmikan "Program 1 Aman Week" bersama mencegah jenayah 2016 di pusat transformasi luar bandar (RTC) Tunjong hari ini. -Foto Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464280093_DSMustafaIbrahim.jpg)
Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian
Pembinaan pagar keselamatan yang bertujuan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.
![Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447687163_mustafaibrahim.jpg)
Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara
Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pihaknya bergantung kepada pihak polis dalam membantu mengenal pasti individu yang terlibat sama ada warga tempatan mahupun asing dalam kegiatan itu.
![Imigresen pantau militan IS di pintu masuk negara Imigresen pantau militan IS di pintu masuk negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51424836337_295x200.jpg)
Imigresen pantau militan IS di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen sedang memantau pintu masuk negara dalam usaha mengesan individu yang terlibat dengan gerakan militan IS, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim.
![Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51418021821_295x200.jpg)
Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta
Pasport penulis blog, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil akan dibatalkan secepat mungkin dan kini sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
![59,765 warga asing diusir ke negara asal tahun ini - Imigresen 59,765 warga asing diusir ke negara asal tahun ini - Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51391499833_295x200.jpg)
59,765 warga asing diusir ke negara asal tahun ini - Imigresen
Sebanyak 59,765 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan telah diusir ke negara asal mereka termasuk banduan asing yang telah tamat menjalani hukuman penjara.